Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 2, 2010

Kebenaran dan daftar nikah sudah setel.. hoye!!

Salam...

Semalam kan sudah janji nak story pasal daftar nikah ni kan.. tapi ni bagi negeri johor saja ye.. bagi negeri lain rasa nya lebih mudah...

ok.. 1st, kedua-dua bakal pengantin kena buat HIV test di klinik2 kerajaan.. dia akan bagi kita keputusan salinan kuning untuk bagi kat pej agama.. (org lain semua masuk dalam sampul surat sulit, aku pnya dia bagi mcmtu je..., takpe la.. tau result terang2 dpn mata, takde la saspen.. hihi)

Selain itu, kami juga kena buat surat akuan bujang sama ada dari penghulu, ketua kampung atau majikan yang beragama Islam shj.. Kami minta dari majikan je la kan, senang sikit..

en anas yg berasal dari kelantan dan IC alamat kelantan kena dapatkan surat bermastautin, dari imam masjid kat area kawasan rumah dia, sbb dia tinggal di kl kan.. sbb nk urus ngan JAWI je la senang, nak balik kampung jauh nun.. lepas dapat surat bermastautin dia ke JAWI pula, bagi mendapatkan kebenaran kawin di luar kawasan... pastu aku pon bgtau dia dgn konfidennya " nnti abg kena interview tau kalo nikah kat Johor" .. dgn bangga beliau menjawab "alah.. takde hal laaa".. cetttt...

Tapi lepas aku baca posting Mrs Drac baru aku tau yg kalo pasangan dari negeri lain tak perlu intvw, tak aciiii!!..

So skrg da setel dah part en anas, baru bole buat part aku plak..

Aku kena sediakan dokumen2 mcm kat bwh nih..

  1. Borang Permohonan lengkap;
  2. Kad Pengenalan Asal Pemohon dan salinan;
  3. Salinan Kad Pengenalan 2 orang saksi ( lelaki ) borang;
  4. Salinan Kad Pengenalan Wali;
  5. Surat Akuan Status Diri ( bujang, dara, duda, janda ) daripada;Penghulu; atau Ketua Kampung, atau Majikan beragama Islam
  6. Laporan Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (H.I.V.) dari Hospital atau Klinik Kerajaan Malaysia Sahaja;
  7. Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI dan salinan;
  8. Salinan Sijil Nikah ibubapa sekiranya;Permohonan Anak Perempuan Sulung; atauWali Pernikahan adalah Saudara Lelaki Sulung;
  9. Surat Bukti Mastautin bagi pemohon yang berlainan tempat tinggal dengan alamat dalam kad pengenalan daripada:Penghulu, atau
  10. Ketua Kampung, atau Majikan ( kakitangan kerajaan sahaja )
  11. Salinan Sijil Kematian dan Surat Perakuan Nikah Pasangan ( jika cerai mati );
  12. Salinan Sijil / Perakuan Cerai ( jika duda / janda );
  13. Surat Akuan Sumpah berkenaan Status Diri sebelum memeluk Agama Islam daripada Suruhanjaya Sumpah yang beragama Islam / Perintah Perceraian daripada Mahkamah Tinggi;
  14. Dokumen kebenaran Berkahwin Di Luar Kawasan ( jika pasangan dari luar Daerah / Negeri );
  15. Surat Kebenaran Khas bagi anggota Polis atau Tentera.
  16. Surat Kebenaran Berkahwin dari Mahkamah Syariah ( jika kes-kes poligami, bawah umur, janda berhias dan wali hakim ).
  17. Salinan Sijil Anggapan Mati ( jika berkaitan );
  18. Surat Wakalah ( jika pernikahan tidak dihadiri oleh wali );
  19. Dokumen- dokumen kebenaran pernikahan dengan warga negara asing ( jika berkaitan).

**yang aku potong tu tak berkenaan dgn aku

Borang permohonan tu kena beli kat pejabat agama daerah dengan harga RM5.00.. Aku minta tolong BFF aku belikan, sbb dia pon nak kawen jugak.. dia kawen 2 minggu lepas aku.. and lagi satu kalo nak org belikan borang kita, org tu kena ada fotostat IC kita k.. leceh kan??

Sebelum ke pej agama, cek borang takut ada2 yang tak lengkap... tak payah la nk dtg 2 kali kan.. Makesure dekat ruangan 2 saksi tu, korang suruh diorang tandatangan, sbb dalam borang tu hanya tulis nama saksi.. tak de pon suruh tandatangan.. sib baik aku call pejabat agama sebelum pergi, minta no tepon dekat Mrs Drac , hehe.. thanks Sue, muah2

Then aku ke pej agama ditemani en anas trsyg.. dengan sopan santunnya.. hehe, igt k.. nk ke pejabat agama untuk intvw tu kena pakai yg menutup aurat, kang tak pasal2 kena balik rumah salin baju...

agak suspen jugak la aku, sbb lama da tak pegi intvw2 ni.. pergi ke bahagian pembangunan keluarga.. pastu aku pass semua dokumen kat akk kaunter tu, mayb dia nk check lah tu.. then dia bg list soalan2 yang akan di tanya..

1.mengucap 2kalimah syahadah
2.alfatihah
3.doa qunut
4.toharah
5.munakahat
6.tanggung jawab suami/isteri

so aku review la mana2 yang patut.. takut jugak .. kut2 peng'interviewer' adalah seorg yang tegas dan teliti,.. mampuih aku...

then akk kat kaunter tu suh aku masuk satu bilik yg ada seorang pegawai perempuan.. adui, aku risau da.. takut2 dia garang ke..

aku ketuk pintu, senyum dan bg salam dengan sopannya.. then dia suh aku duduk,"wahh seriusnya muka dia".. 1st2 dia tanya background aku,duk mana, psgn org mana, keja mana semua la... lpas je aku ckp kerja putrajaya.. cara berckp dia lebih manisss... ada keeee.. agak nya teruja sbb dgr aku keja kat bandar besar kut ( eyh kalo ko nak tau aku lagi suka keja kat sgmt tau, makan mak masak, sewa umah takyah bayar, baju mak basuh, lagi syookk.. haha)..

pastu dia stat tanya soalan intvw..

soalan pertama : sila mengucap 2 kalimah syahadah dan nyatakan maksudnya...
aku pon jawab la ... basic je tu kan

pastu aku igt dia nak tanya soalan spot yang kedua, upanya dia nk bgtau pengalaman dia jalan2 kat putrajaya.. dia tnya kat aku " kat putrajaya tu takde tmpat nk jalan2 kan, ada alamanda je ye? " .. aku pon jawab "aah.. kat situ pentadbiran persekutuan, so mmg dia develope tmpat tu mcmtu kut"...

pastu soklan kedua "bgtau saya rukun islam" aku pon jawab la...
"-mengucap 2 kalimah syahadah
-solat 5 waktu
-berpuasa di bulan ramadhan
-menunaikan zakat
- menunaikan haji bagi yang mampu"

takkan la tak tau kan, basic tuh..wajib igt n buat k.. baru kita org islam yg sebenarnya..

pastu dia tnya lagi pasal putrajaya.. pastu soklan berikutnya : bgtau saya rukun iman..
pastu aku jawab...

pastu tnya pasal ofis aku area mana dia citer pengalaman dia ke putrajaya..
aku bermonolog, "ooo.. dia saja nk kurangkan suspen2 aku lah ni.. ajak borak2"

dan begitulah seterusnya..

soklan2 berikutnya adalah spt di bawah

- surah al-ikhlas & an-nas
-niat mandi wajib dan perkara2 yang menyebabkan mandi wajib
-tanggungjawab suami dalam keluarga

alhamdulillah, sesi interview itu aku dpt jawab dgn mudahnya.. keluar dari bilik itu dgn lega sekali dan senyum lebar .. ngeh ngeh

lepastu proses daftar dah selesai n dokumen2 diserahkan semula kepada aku untuk dihantar pada tok kadi, kebetulan tok kadi ke muar.. so aku hantar je kat umah dia n bgtau tarikh dan masa by phone je..


ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH ALLAH kerana semuanya lancar dan mudah dgn izin-MU..

kami dah boleh menikah da!!!! yeeehuuuu

7 comments:

Mrs Drac said...

terima kasih sebab mensebut nama aku dua kali..hawahahahhahaw....yea!!!!da bole kawen dah ko...tapi sabaq yek...hihihihi

me said...

uish kat joho kne intrview ke??
nevesnyeee hihi....
weeehuuu samela suda boley kawen jugak heee =P

shaheeda said...

Mrs Drac : mesti la sebut.. ko kan buku rujukan aku.. yeahh!! mmg tgh brsabar ni.. hihi

shaheeda said...

cik ieza : aah., sib baik tak ssh soalannya.. hehe.. kita kawen hari yg sama kan? hoye!

miss ili said...

beshnye nk kwen dah eh :) i think nnt sume negeri pon akan kene buat hiv test tuh

shaheeda said...

mmg best ili, tapi penat woo.. hihi.. skrg pon semua negeri da wajib hiv, cuma interview tu, kat johor je ada.. tp soalan basic2 jer.. hehe

KucingHitam said...

Maaf, saya nak tanye ckit .. saksi borang 2 maksud die ape ? sapa yang perlu tanda tangan, saksi untuk borang atau pun saksi semasa akan nikah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

klik SINI ye !!