Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 3, 2016

6 Cara Tingkatkan Imuniti Anak !

Wajib Ingat Tips Ni. 6 Cara Tingkatkan Imuniti Anak  

 

 


Ianya bermula dengan diet


Sistem imun kanak-kanak akan rosak jika makanan harian banyak mengandungi penambah perisa MSG dan banyak gula. Bila kanak-kanak terkena alergi, sistem pencernaan akan tersiksa, badan jadi lemah membuatkan daya melawan virus dan bakteria jadi sukar.

Gula diketahui menyebabkan imuniti terjejas. Untuk memastikan anak-anak kekal sihat, hadkan pengambilan penambah perisa, gula dan cari apakah makanan yang boleh menyebabkan alahan (alergi) kepada anak. Banyakkan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, bijirin, telur dan daging. Pengambilan kurma adalah sangat baik untuk menggantikan gula kerana kurma mengandungi gula yang baik untuk badan.



Seimbangkan mokrobiota anak anda !


Probiotik adalah bakteria baik dalam tubuh. Ianya menjaga dan membantu mencernakan makanan, membersihkan perut dan usus, membantu membuang toksin dan menghalang dari diceroboh bakteria dan virus. Bila bakteria baik ini diseimbangkan dalam tubuh, kita akan lihat perubahan besar tubuh anak kita terhadap daya melawan penyakit. 
 

Tangani stress dan kebimbangan anak anda  


Dunia hari ni banyak menyaksikan ibubapa terlampau stress dengan hal kerja. Stress itu membawa ke rumah dan dilepaskan kepada anak. Anak diberikan pendidikan terlampau. Sehingga jadual belajar penuh. Bagi memberi ibubapa lebih masa siapkan kerja. Kanak-kanak juga stress seperti orang dewasa. Bila hormon stress dirembeskan, sistem imun mereka terjejas.
Adalah sangat penting untuk anak-anak mempunyai masa liburan yang banyak. Masa untuk bermain secara kreatif, beriadah dan berehat. Badan yang sibuk perlu direhatkan supaya sistem imun boleh terbina. Pengambilan ginkgo biloba boleh meredakan perasaan stress dan bimbang kanak-kanak.

Pastikan anak anda dapat tidur secukupnya


Kebanyakan kanak-kanak sekarang tidak mendapat tidur yang cukup. Bergantung kepada umur, kanak-kanak perlukan 10 jam ke 14 jam tidur dalam sehari. Yang penting ialah tidur yang berkualiti. Iaitu tidur dalam gelap tanpa cahaya (untuk melatonin – hormon tidur) dan pastikan tiada alat elektronik berdekatan anak anda. Kerana mengikut kajian, frekuensi elektromagnet juga mengganggu kualiti tidur. 
 

Demam (Suhu badan naik) sebenarnya baik !


Walaupun kebiasaanya ibubapa akan panik apabila anak suhu badan anak mula naik, adalah penting untuk ibubapa tahu iaitu itu adalah suatu petanda sahaja dan ia bukanlah bermakna sudah jatuh sakit. Demam sebenarnya adalah respon semulajadi tubuh anak anda terhadap jangkitan, dan tanpa demam, tubuh kurang berkesan melawan penyakit. Sistem imun lebih berkesan melawan penyakit dalam keadaan tubuh yang panas supaya anak anda cepat lagi pulih. Namun begitu sila pastikan dengan doktor anda tentang demam itu, dikhuatiri demam berpunca atas sebab lain. 

 

Mengambil suplemen tingkatkan imuniti


Suplemen penting untuk membina benteng kekebalan, keupayaan melawan penyakit, keupayaan mencegah penyakit berjangkit, menyeimbangkan diet harian anak anda, mengekalkan mikrobiota (jumlah bakteria baik) tubuh dan membantu menenangkan tekanan & rasa bimbang. Suplemen Gstar Biokare telah dirumus khas untuk seimbangkan dan memenuhi keperluan kanak-kanak untuk imuniti. 


 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

klik SINI ye !!