Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 11, 2012

CANTIK.. MUNGIL DENGAN KOLAGEN ASLI!!

Assalam uolls..

Hari ni nak bisnes dgn kamu2 semua.. hehe

Sapa2 berminat dengan Marine Collagen Rumpai laut ni leh pm aku ye..

Yang aku jual ni da siap di masak, dan di cuci2 sebersih-bersihnya.. Mak kawan aku yang masak.. so jgn risau, diyakini 100% bersih, homemade punya..

Kalau beli yang belum dimasak mmg leceh nk masak kolagen nih...


  • kena cuci2,
  • then rendam semalaman
  • then kena cuci lagi
  • pastu masak
  • pastu kena masuk peti ais
  • pastu baru leh makan
Tapi, yang aku jual nih  tinggal masuk mulut je.. hehe 

so kalo berminat leh pm la yeee



++ pure collagen belum dimasak++

++ sedang dimasak++

++ siap untuk dimakan & dijual++

  
++ nutritions fact++


 ++ benefit++


++ testimonial ++

++ masuk paper ++


KOLAGEN RUMPAI LAUT
KENAPA BAYAR LEBIH SEDANGKAN ANDA MAMPU MEMILIKI YANG TERBAIK DENGAN HARGA YANG TERBAIK.. ^___^
" Rahsia kejelitaan kulit masyarakat China, Korea dan Jepun "

TIDAK PERLU LAGI MAKAN COLLAGEN YANG MAHAL...CUBALAH IBU KOLAGEN ASLI..SANGAT BERKESAN..YANG PENTING JIMAT DAN KESANNYA SETANDING DENGAN KOLAGEN LAIN..MALAH LEBIH DARIPADA ITU...

Khasiat Rumpai Laut
Nilai-nilai nutrisi 10x ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu (rm300/mangkuk)
Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (rm400 hingga ribu2 ringgit)
24% kolagen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang2
PH bernilai 7.6

KALSIUM- 37x lebih tinggi daripada hati ikan.

ANTIOKSIDA – 55Ox lebih kuat dari vitamin C.

VITAMIN A – 40x lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN – 21x lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6 – 2326x lebih banyak dari ikan.



Tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium,zat besi, magnesium, iodine, potasium,vitamin B6,B12,C,A,omega 3 dan antioksidanKaya dengan OMEGA-3 yang akan membuat kulit KENYAL dan TEGANG.

Kandungan SERAT yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.

Kandungan IODINE yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang

Kelebihan Rumpai Laut

Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON
Anti-bakteria, membuang TOKSIN
Menghilangkan SEMBELIT
Mengurangkan TEKANAN DARAH TINGGI
MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN & MENEGANGKAN kulit. (anti penuaan)
Meransang penghasilan SEL-SEL BARU kulit dan menyembuhkan LUKA
MENGUATKAN SISTEM ABDOMEN dan memelihara KELENJAR TIROID
Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN & TEMPAT HITAM ,SELULIT dan JERAWAT
Membantu meningkatkan METABOLISME
Memejalkkan PAYUDARA, OTOT dan PUNGGUNG
Menurunkan tahap KOLESTROL dalam tubuh
Melembutkan TUMIT KAKI merekah
Menguatkan TULANG SENDI, menjauhi ARTRITIS dan OSTEOPOROSIS
Meningkatkan PEREDARAN DARAH, mengurangi sakit BAHU dan BELAKANG
Mencegah KANSER/TUMOR
Meningkatkan fungsi PENGHADAMAN/PENCERNAAN dan MERAWAT GASTRIK
Mencegah ANEMIA
Memberi Kekenyangan/DIET
Meningkatkan SEL RAWAN, LIGAMEN dan OTOT
Memberi TENAGA

Cara Pengambilan
Selepas bangun tidur dan sebelum tidur (Pastikan perut kosong)
3 sudu besar setiap kali makan.
Boleh dimakan begitu saja atau
Campur / bancuh dengan air minuman kegemaran atau
Bancuh bersama air suam dan 1 sudu madu

Cara membuat masker
Cuci muka dengan air suam 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
Lagi elok kalau diwapkan dengan wap air panas/suam
Campurkan gel kolagen tadi dengan bahan berikut :
Kulit Normal - Campur kolagen dengan madu
Kulit Kering - Campur kolagen dengan jus lemon @ susu tepung
Kulit Berminyak - Campur dengan buah tomato yang masak ranum
Anda akan rasa kulit LEMBAP, LICIN, GEBU, CERAH dan TEGANG walaupun hanya dengan pemakaian masker yang pertama kali......

Siapa yang boleh makan kolagen ini!!
Wanita dan lelaki
Ibu mengandung – Kulit bayi jadi cantik, putih dan halus (untuk kandungan 4 bulan keatas shj). Ibu rasa bertenaga dan tidak mudah letih
Ibu menyusui bayi- boleh makan tapi dengan syarat tidak boleh lebih 5 gram sehari kerana kandungan iron adalah tinggi.
Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas
Wanita selepas bersalin/berpantang tidak digalakkan makan rumpai laut hingga selepas 3 bulan bersalin kerana ia bersifat sejuk.


TIPS
Jangan minum kopi, nescafe, teh, berkarbonat atau minuman yang tinggi kandungan kafein Selepas mengambil kolagen sekurang-kurangnya 3 jam
Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum dan cepat
Banyakkan minum air kosong 2.5 - 3 liter sehari bagi melancarkan pembuangan toksin dan memaksimakan penyerapan kolagen oleh badan.
Jom kita dapatkan kulit yang cantik, putih, gebu dan tegang..bukan sahaja pada muka, malah seluruh badan!!
Inilah kolagen mentah 100% asli.. Tanpa bahan kimia dan belum diproses..
Boleh ditambah perisa kegemaran anda sendiri..!!
Harga amat berpatutan..!!

Jangan lepaskan peluang ini. tak cuba, tak tahu..
Tempah dengan kami sekarang..!!!!
1 bekas = 400gm rumpai laut siap dimasak = RM 12 (Perhantaran Percuma area Putrajaya

JIKA BERMINAT SMS : 0!7725O4!! 



Thursday, December 6, 2012

Jom makan buah!!! NYUM2

Assalam.. hari ni nak ajak2 uolls semua makan buah..
Tp bukan free okey, kena beli.. cuma harga murah sikit rasanya

Pesta JOM MAKAN BUAH ni anjuran FAMA..

Jom kita terjahhh!!

Tuesday, December 4, 2012

NAPPY RASH AISYA DA FULLY RECOVERED!!

Assalam...

Hye semua..

Entri ni adalah entri sambungan entri  AISYA & NAPPY RASH yang teruk!!

Alhamdulillah, aisya da fully recovered.. Btul gerak hati aku, mmg minyak gamat + tepung ubi better dari krim2 tu..

Antara cara yg aku buat ..

  • selalu salinkan pampers.. jgn sampai kencing 2 -3 kali baru salin, nampak je mcm da kencing terus salin;
  • 3 hari aku sapu minyak gamat, kemudian letak tepung ubi pulak then baru pakai pampers;
  • bila nmpak da kering dan beransur pulih, aku just letak tepung ubi je, tak pakai minyak gamat da
Sekarang ni pun aku masih letak tepung ubi tu.. takut berulang lg nappy rash tu..

Alhamdulillah, apa2 pon yang menyembuhkan adalah kuasa Allah swt, kita hanya berusaha & bertawakal.. 

Kenkadang kita lebih kena ikut naluri/rasa kita sbg seorang ibu.. hari tu pon sama.. telinga aisya bernanah, pegi jumpa doktor, dia just bg ubat antibiotik.. bernanah yang agak teruk, sampai keluar nanah tu dari telinga.. mana aku tak risau..

Aku baca2 & google2, selalu doktor akan bagi ubat titik telinga sekali, tp doktor tu tak bg ponn..
Sbb nk aisya sembuh cepat.. aku tawakal,dan aku berpegang dgn hadis Rasulullah SAW  "habbatus sauda adalah penyembuh segala penyakit, melainkan mati";

Aku titikkan minyak hababtussauda yang aku duk minum tu, aku titikkan 2-3 titik, sambil selawat dan doa..
Alhamdulillah... esoknya nanah tu da kering dan hari ke 3 da sembuh..


Syukran Ya RABB!!

Thursday, November 29, 2012

AISYA & NAPPY RASH yang teruk!!

Assalamualaikum..

Hari ni share problem ngan kamu2 semua.. 

Aisya kena nappy rash yang agak teruk, da pegi jumpa doktor & makan antibiotik, sapu ubat krim.. masih tak baik2..

Hari tu da berkurangan, tp bila tak makan ubat, jadi balik.. 
Risau2, da nk masuk 3 minggu.. last2 ptg smlm decide pakaikan minyak gamat & tepung ubi mcm pic kat bawah ni, nampak pg td ada perubahan positif.. 



Sebelum ni, bila nk start kena nappy rash, terus sapu minyak kelapa dara tropika, mmg mujarab.. tp minyak tu da abis, so weekend ni ajaa aajaa fighting kena p cari jugak..



Mudah-mudahan aisya cepat sembuh .. (T_T)

Sian anak ibu, time salin pampers msti cakap "akitt.. akitt" sambil tunjuk tut tut dia tu.. tp dia tetap ligat mcm biasa, huhu...


jum tgk "gambar kenakalan"dia yang terkini




nota : bila sapu krim, hati tak baper sedap.. krim tu kan ada kimia, pastu letak kat kemaluan anak.. emmm tak sukaaa tak sukaaaa 

Thursday, November 22, 2012

Tetiba susu byk! hihi.. alhamdulillah

Assalam semua

(mood mengupdate blog membuak2 skg ni, napa tah.. ihikss)

ok, nk share ngan ibu2 menyusu semua...

Beberapa minggu lepas, aku mengalami kekurangan susu.. kekadang bekal kan aisya pon tak sampai 10Oz..
Pengasuh dia da hint2 suh bg formula milk, namun aku pekakkan telinga

Nurse kat klinik kesihatan plak suh aku campur susu (Formula milk & Breast milk).. sbb aku stori kat dia aku bg aisya susu Dutch Lady Kids 1-6yrs mcm gambar kat bwh ni, dia kata tak bagus tuk perkembangan kanak2
takde DHA & bla bla.. utk perkembangan otak..



Hati aku da tak tetap, kejap nk beli FM, kejap tak.. kejap duk fikir brand susu ni, brand susu tu.. Pening jugak masa tu..

Tapi aku yg sememang nya masih kuat dgn perjuangan BREASTFEED TILL 2 YRS tak hiraukan semua tu, sbb bila aku da bekalkan formula milk, konfem la pengasuh akan buat formula milk kat aisya, nk cepat, susu BF yg aku bekalkan msti dia tak bagi.. sbb FM kan tak perlu panas2 kan.. then pastu aku pon akan malas mengepam.. 

OOooo, tak boleh, tak bolehh! Tinggal 6 bulan je lagi so aku tawakal je la, bekal kan la sikit pon, aisya da makan nasi, susu ibu pon sebagai makanan tambahan je utk baby umur mcm dia..

TETIBA....

Pagi tadi.. susu jd byk.. biasa pam dapat 3Oz ++, tiba2 td pam bole dapat 5Oz++ bila pk2, breakfast cam biasa je

aku makan ni pg td.. hehe




malam td pulak makan roti wholegrain ngan sosej+telur jee..

then start semalam hati tergerak nk start amalkan habbatussauda semula.. selepas beberapa lama tak minum.. aku minum habbatussauda mcm pic kat bawah ni


Tak tau la yg mana jd milk booster, tp apa2 pon alhamdulillah... syukur, tak perlu risau2 dah .. hehe

(Gambar semua ihsan en Google)

Ok, jum solat Zohor!.. 



Alhamdulillah.. GAZA SAFE NOW, Allahuakbar!!!


“Hasbunallah wa nikmal wakil, Nikmal maula wa Nikman Nasir”

Translate : Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.

Sememangnya ALLAH sebaik2 penolong dan sebaik2 pelindung.. Allahukbar!!

Lihat lah kegembiraan di wajah mereka.. (air mata kegembiraan aku turut mengalir masa tgk video ni)



Lihat lah wajah kanak2 yang melompat2 menyanyi2 .. dan memang ini lah yang kita semua harap dan doakan utk diorang.. Allahuakbar.. 

Palestine menang kali ni..Genajatan senjata turut dipersetujui.. Antaranya:



Alhamdulillah.
Persetujuan untuk memulakan Gencatan Senjata telah dicapai antara Rejim Zionis Laknatullah & Tentera Al-Qassam yang dirahmati Allah... Antara syarat gencatan senjata ialah: 


1: Israel akan menghentikan semua serangan udara, darat dan laut.

2: Membuka pintu sempadan dan sekatan serta memudahkan pergerakan rakyat dan penghantaran barangan keperluan.

3-Hamas dikehendaki memberhentikan serangan roket ke Israel.

3-Benteng yang mengelilingi Gaza diturunkan dan akan dilaksanakan selepas 24 jam genjata berlangsung.

4-Mesir akan menjadi penjamin bagi genjatan senjata ini.

Diharap Dr. Muhammad Mursi selaku Presiden baru Mesir yang digeruni Yahudi Laknatullah tidak akan berlembut dengan Yahudi Laknatullah sekiranya pihak Yahudi Laknatullah melanggar perjanjian Gencatan Senjata yang telah dipersetujui.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar...!!!

Sumber: Berita Al-Jazeera
-----------------------------------------------------------------------------------------------

"Formula Palestin menang kali ini? BERSATU

Hamas + Fatah : Palestin 

----------------------------------

Palestin + Mesir + Turkey + World : Victory"

"Alhamdulillah 

genjatan senjata berlaku dan disambut begitu meriah sekali dan buat pertama kali kemenangan begini berlaku pada Palestine. Semua bersatu hati tanpa mengira parti samada Fatah atau Hamas. Sungguh terharu sambutan disini, kedengaran laungan azan, takbir dan laungan semangat daripada pemuda-pemuda Gaza. 



Penduduk Gaza bila berjumpa terus ucap terima kasih kepada Malaysia kerana mereka tahu kalian semua sentiasa berdoa dan berusaha untuk Gaza....Allah hu Akhbar" 

Copied from https://www.facebook.com/saniaraby (Sani Araby Al-Kahery-Malaysian brave guy yg berada di Palestine skrg)



DAN SEMEMANGYA PRESIDEN BARU MESIR-DR.MURSI ADALAH SEORANG PEMIMPIN YANG HARUS SANJUNGI..




Semoga Allah merahmati kamu MURSI.. Allahukbar

Alhamdulillah, Syukran Ya RABB


Wednesday, November 21, 2012

Aisya's WORDS

Assalamualaikum..

1st word nak cakap, please doakan sedara-mara kita di Gaza ye, kalo ada duit.. mendermalah untuk mereka.. sedih sgt tgk gambar2 kat fb (T_T)..

takde apa2 yang bes pn nk stori, just nk share words yang aisya da pandai sebut, FYI, aisya skg berumur 1tahun 5 bulan

Antaranya  perkataan yg dia da pandai:

NEY = nk nen(masih breasfeeding, alhamdulillah.. harap smpai 2tahun, bole dpt PHD.. hehe)
AKITTT = sakit
MINNN = baca doa makan(terus amin tanpa baca doa, cettt! )
PITTT = tersepit
ABITTT = cubit (sambil tgn mencubit, kalo tgh mrh, ibu pun kena cubit)

Dan yang terbaru, kejadian semalam;

ibu : erkkk...(sedawa sambil dukung aisya)
aisya : aa..lal..lahhh (alhamdulillah..)
 ibu : pandai anak ibu (peluk2, cium2)

 hihi..

ada lagi words yang dia pandai sebut, tp aku tak baper igt..

apa2 pon, bersyukur sgt dikurniakan anak yang sihat & cerdik
& sememangnya terlalu byk nikmat yang perlu disyukuri..

alhamdulillahh..

ok tata,
last sekali layan pic aisya makan ayam goreng.. peminat upin ipin , mestila suka ayam goreng.. hihi


Wednesday, November 14, 2012

:: TANGISAN RASULULLAH KERANA WANITA :: YA ALLAH GUIDE ME ALL THE WAY::

*~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..

*~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain..

*~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..

*~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA...

*~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA..

*~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA..

*~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA..

*~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA..

KATALOG SOPHIE BARU - VOL 7.. ada kasut yg canteekkk!!

Assalam..

Hai semua, hari ni nk story-mory pasal katalog SOPHIE yang baru, kali ni da ada kasut, 
& yg bestnye FAFAU da jd duta uolls!! hehe..

ok, aku da lama stop meniaga sophie ni, dan hari ni hati tergerak nk meniaga semula.. sebenarnya senang je aku nk meniaga sbb pos laju dekat je ngan opis aku... so korang boleh tgk ONLINE CATALOG kat sini.

http://sophieparis.com.my/catalogue/latest-issues.html


Sila cuci mata ye! 

nk oder bole PM kat sini

https://www.facebook.com/ShaheedaSophieParisPutrajaya

atau kat sini

https://www.facebook.com/shaheeda


atau boleh sms kat sini 0177250411, sms je la ye, tak perlu kolling2 ye laling..

nk diskaun 20%?? senang je, jd ahli.. hanya RM15 seumur hidup.. 
kalo jd ahli RM15, then korang meniaga dapat untung 20% tau

k lah, aku upload sikit la ye .. sikit je taww











p/s : malam ni balik kampung suami kat kelantan, pray for our journey k.. babaii





Thursday, September 27, 2012

EVAMATIC MAT - Tempat baby guling-guling


Assalammualaikum all..

allo2.. blog ini masih wujud tau.. sori lama tak update, kerja manyak bz skrg, so takleh nk update.. 

lgpon takde story yg hot pon nak di share kan.

Entry kali ni nk meniaga lah pulak.. haha.. Nak  jual tikar baby - EVAMATIC PLAY MAT, bole tgk pic2 kat bawah ni atau kat dalam album ni 














CIRI-CIRI TIKAR EVAMATIK

SIZE :* 200cm x 120cm x 0.3cm ( Lebih kurang 6 ft x 4 ft )


# Tikar Evamatic merupakan alas lantai yang memiliki rekabentuk/corak dan warna yang sangat menarik.


# Selain itu, tikar ini dapat mencegah Rheumatic yang disebabkan hawa dingin dari lantai.


# Tikar ini juga dapat menambah pengetahuan kepada kanak-kanak (corak ABC, 123 dan vocabulary)


# Juga sesuai untuk bayi kerana rekabentuk yang lembut serta corak yang menarik untuk merangsang penglihatan bayi serta boleh dijadikan platform untuk bayi merangkak.


# Mudah dibersihkan sekiranya tertumpah makanan atau berhabuk+ Lebih tebal drpd tikar getah, panjang tikar lebih kurang katil single)+ Material: Eva Sponge (most likely same as playmat ABC), tak luntur & tak slippery 


#Tikar ini sangat sesuai digunakan di pelbagai tempat seperti:


1. Ruang rehat keluarga di rumah
2. Bilik tidur
3. Tempat bermain untuk anak-anak
4. Ruang belajar atau bilik bacaan
5. Kegunaan luar rumah seperti berkelah dll
6. Boleh juga dibuat alas/tikar sembahyang (bagi yg tidak bercorak/plain)


HARGA??... SGT MURAH WALAWEEEYY.. hehe..

PM je sy k??!!

kalo berminat bole pm sy di  https://www.facebook.com/shaheeda


Setakat ni yang byk org beli design UPIN IPIN.. mmg kuat betul pengaruh upin ipin kat kanak2 ye?
Untuk upin ipin ni ada 6 color tp design sama je.. Ada color biru,purple,merah,pink,purple & hijau..

Apa2 pm saya k!

Tata..!!



Friday, May 4, 2012

My Fashion, My Bussiness, SOPHIE BEST!!

Assalammualaikum..

lama tak membebel kat sini, selalu kat rumah duk bebel kan aisya je yang makin aktif..

haisyyhh hari ni bukan nak story pasal Aisya Daania okeh! hari ni nk cerita pasai bisnes terchinta ku ini...

sebelum apa2.. sila like bisnes page saya ini ye, tenkiu2! hehe

https://www.facebook.com/ShaheedaSophieParisPutrajaya


SOPHIE PARIS memasarkan produk2 fesyen termasuklah handbag, makeup, woman accessories, man accessories dan macam2 lagi. Harga2 pulak sangat lah berpatutan, kualiti pon tip top!!








Cer beli satu handbag baru  uolls bole tau kualitinya.


Then kalo jd members pulak dapat diskaun 20% untuk setiap pembelian, tak perlu tunggu sale ok!! Sesiapa berminat nk jd ahli bole emel saya kat elsha_slumbergurl@yahoo.com, atau pm kat Facebook Shaheeda Sophie Paris Putrajaya


More about SOPHIE?? visit this website  http://sophieparis.com.my/

Wednesday, April 18, 2012

More & More about BREASTFEEDING!


Breast-feeding atau penyusuan bayi oleh ibu adalah sangat disyorkan berbanding pemberian susu formula. Di samping mengeratkan pertalian ibu-anak, ada bahan-bahan yang tidak disertakan dalam susu formula, terutamanya antibodi untuk menentang penyakit. Kebaikan-kebaikan penyususan ibu termasuklah :


Susu awal ibu mengandungi colostrum. Colostrum mengandungi serum, sel darah putih dan antibodi yang memberikan perlindungan kepada bayi. Bayi yang baru lahir mempunyai daya tahan penyakit yang sangat lemah. Penyusuan bayi megawal bayi daripada sakit-sakit seperti cirit-birit, infantile eczema dsb.


Susu ibu juga mengandungi bahan-bahan lain yang penting seperti anti-allergik dsb.


Ia mengeratkan pertalian antara ibu dengan bayi.


Membantu menjarakkan bayi. Ini kerana hormon prolactin yang penting semasa penyusuan bayi menyebabkan proses pengeluaran telur terbantut.


Kemungkinan berlakunya kanser payu dara dikatakan boleh dikurangkan dengan penyususan bayi.


Ia membantu mempercepatkan pembuangan tali pusat (placenta).


Ia mudah didapati dan suhunya sesuai tanpa perlu dipanaskan terlebih dahulu.


Susu ibu mudah dihadam oleh usus bayi. Ia agak cair pada awal penyusuan dan menjadi semakin pekat.

Kejadian dimana pengambilan susu oleh bayi terlebih tidak berlaku dengan penyusuan ibu.


Bayi yang disusukan oleh ibunya didapati lebih cepat mampu berjalan.

Vitamin dan pemakanan yang perlu untuk ibu yang menyusukan bayi :

Ibu yang menyusukan bayi memerlukan lebih banyak kalori (pertambahan sehingga 800 kalori). Pemberian makanan yang seimbang sangat perlu. Di samping itu, pastikan pengambilan vitamin dan pemakanan di bawah ini diawasi :
  
vitamin A sehingga 25,000 iu (international unit)

vitamin C 

protein

vitamin K - yogurt, kobis

vitamin E 

vitamin B kompleks

kalsium. Permintaan terhadap kalsium naik semasa menyusukan bayi 

minum banyak air dan susu



Kebanyakan apa yang diambil ini akan dikeluarkan di dalam air susu dan ia penting untuk pertumbuhan bayi yang sihat.



Perkara-perkara lain



Jumlah air susu yang dikeluarkan tidak sama antara ibu

Perkara-perkara ini boleh menyebabkan air susu berkurangan :
bullet
Masalah thyroid
bullet
Merokok, demam, rasa gelisah, rasa penat 
bullet
Keadaan kesihatan ibu yang tidak baik
bullet
Pemakanan yang tidak seimbang (lihat di atas)
bullet
Kurang darah (anaemia) seperti pendarahan selepas bersalin (post-partum haemorrhage)


Kekerapan menyusu boleh menyebabkan air susu bertambah 


Pengambilan pil perancang. Untuk yang menyusukan anak, jenama yang disyorkan ialah Noriday kerana ia hanya mengandungi satu jenis hormon sahaja, berbanding 2 jenis bagi jenama-jenama lain (lihat wanita_rancang.htm


Stimulasi yang dikenakan ke atas buah dada. Kanak-kanak yang diberikan pacifier (puting plastik untuk dihisap semasa tidak menyusu) mungkin tidak menyedut dengan kuat berbanding yang tidak diberikan pacifier. Begitu juga sekiranya bayi demam atau mengalami kecacatan seperti bibir sumbing. 


Kedua-dua buah dada haruslah digunakan semasa menyusu.


Penggunaan habbatus sauda dan pengambilan Lactare membantu menambah susu badan.



Masalah yang berlaku jika tidak menyusukan bayi

Ibu yang tidak menyusukan bayi mungkin menghadapi masalah kerana buah dada akan membengkak kerana susu tidak dapat dikeluarkan. Ini menyebabkan sakit dan ketidak-selesaan pada ibu tersebut.

Oleh itu, ibu yang tidak menyusukan bayi perlu mengeluarkan susu menggunakan alat pengepam susu yang banyak didapati di farmasi dan kedai-kedai bayi. Bagaimanapun ini mungkin menyebabkan komplikasi lain atau acute mastitis. Ketulan merah mungkin berlaku pada buah dada. Kawasan ini mudah dijangkiti oleh kuman.

Pemberhentian susu boleh dilakukan dengan pengambilan ubat. Antara ubat yang popular ialah ubat yang mengandungi bromocriptine (boleh didapati hanya di klinik atau farmasi). Bagaimanapun, penggunaan bromocriptine (seperti Parlodel dsb) untuk tujuan ini tidak lagi digalakkan. Sebaliknya ubat yang mengandungi metergoline seperti Liserdol lebih disyorkan. Ubatan ini boleh didapati di klinik atau farmasi sahaja.


Friday, March 30, 2012

UPDATE PASAL ANAK DARA KESAYANGAN

Assalammualaikum..

ermm apa nk start, byk cerita tp sgt sibuk.. kat ofis sibuk, kat umah pon sibuk.. so blog ini seperti hidup segan, mati tak mau.. oh blog, jgn la mati! i masih lebiu.. hehe

hari nih nk stori pasal aisya daania la ye, hehe.. she's almost 10mnth.. dia da pndai berdiri, merangkak dgn laju & paling bes da pandai panggil 'papa & buuuuu'.. tak tergambar perasaan 1st time dia panggil 'BUU' masa tuh dia tgh cari aku.. eheheh.. lagi satu da pandai tdo sorang2 kat sit belakang dalam keta.. da besar da anak ibu




nanti nak stori pasal resepi solid food aisya plaks.. k lah sumer, tata shemua!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

klik SINI ye !!