Assalamualaikum kwn2..
Tadi aku baca pasal tips nk dapatkan anak yang pintar,ada satu artikel ni dr seorang Dr Pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat, maybe ada antara korang yang kenal kan.. artikel-artikel dia mmg bermanfaat, so kalo korang concern pasal 'keperempuanan' korang boleh la pegi website dia http://www.hamidarshat.com , very2 usefull ok..
Ok, all mommy to be, sila la baca tips berguna di bawah!
ANAK PINTAR
Perancangan patut dimulakan sebelum hamil. Tentukan badan ibu sihat, keadaan mentalnya stabil, sentiasa ceria, hubungan suami-isteri mesra, rohani dan imannya kuat, dan kandungan ini memang dirancang serta dinantikan. Bacalah Bismillah sebelum bersetubuh. Dikatakan anak terbentuk sewaktu ini jadi anda secara tidak langsung membentuk peribadi dan perwatakan anak melalui cara anda bertindak, berfikir dan mengawal emosi.
Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu
makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam , daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Tingkatkan makan kaya dengan omega oil seperti sardin dan salmon.
Rangsangan
1. Sentuh bayi setiap malam sebelum tidur. Mulai tujuh bulan kandungan bayi boleh mendengar.
2. Bacakan Al-Quran selama 10-15 minit dan mainkan ‘soft music’ untuk mencetuskan stimulasi intelek dan meningkatkan ko-ordinasi otak.
3.Sentuhan adalah rangsangan yang amat kuat dan menimbulkan mother and child bonding yang kuat dari kecil. IA akan meningkatkan IQ anak dan perasaan self esteem atau jati-diri.
Kita hanya boleh merancang dan mencuba, tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukan segalanya.
Lagi satu aku ada baca jugak kita kena banyakkan baca surah al-fatihah, ayatul kursi & surah al-Insyirah.. Insyallah.. kalo kita usaha dan yakin pasti berjaya kan!!
2 comments:
ctually i get married nov last year. reception on dis. kalau ikot date, exp on august 2011...:)
sebulan lpas i la illy, i bln july, hihi..so, skrg almost 5th month la kan, take a good care of urself n baby tau.!!
Post a Comment