Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Monday, June 10, 2013

MY SWEETHEART TURNS TWO!!


Assalammualaikum all!!

Alhamdulillah, semalam. 9 JUN 2013... buah hati+pengarang jantung aku, Aisya Daania Binti Anas genap 2 tahun.. Dialah racun, dialah penawar.. sbb dialah aku jd harimau.. mengaum² tiap hari.. dan sebab dia lah, segala penat lelah aku di ofis hilang setiap kali balik kerja bila tgk muka dia..

Sekarang sgt² aktif.. ya ampunn.. semput kekadang di buatnya, semalam pegi kedai perabot.. letak dia atas deretan katil, dia boleh berlari atas tilam tu dari hujung ke hujung.. kalo ada space antara katil tu siap bole lompat.. ya Allah.. aku yang takut dia jatuh..

Aku perasan dia mmg belajar ikut attitude aku & papa dia, contoh..
kalo dia pegi dapur time aku masak, aku selalu ckp "issyy sibuklahh!!"

beberapa hari lepas time main² dgn pak sedara dia, aku dgr dia kata "aihhh!! sibokklahh!!" DENGAN JELASNYA!! haha.. 

then setiap kali aku buat bunyi pelik² cth "isyhhh", "aduhhh" & etc, dia akan tnya "apa buuu??", atau kalo dgr bunyi benda jatuh dekat dapur.. dia akan lari kedek² dari depan then tanya "apa buuu!!??".. sgt alerrtt ok!!...

Dia jugak da paham arahan² aku, makin rajin menolong dan mmg boleh di harap.. Mmg sgt bersyukur dikurniakan anak sepertinya.. jarang menangis atau mengada², sentiasa menyenangkan hati..

Satu je yang aku geram pasal dia, sgt "rajin mengemas".. tu jeee yang aku tak tahan, kadang² terkeluar suara SOPRANOO aku.. haha

Sabtu lepas ada buat party liar tuk dia, haha.. nnti aku wat entry khas.. order cake upin-ipin, sbb dia peminat tegar upin ipin.. hehe..

Terima kasih pada ahli keluarga & sahabat handai yang hadir u guys mmg rawks!! byk hadiah & salam keruks.. cam pengantin gituuu.. siap dapat belikan katil & almari upin ipin tuk dia hasil kerukan itu.. kehkeh

Semoga aisya daania menjadi anak yang solehah, berjaya dunia & akhirat dan terus menyenangkan hati  ibu+papa  & semua orang, ibu love u soo much dearr..!!

"Syukur ku pada mu Ya Allah dikurniakan anugerah terindah ini, akan ku jaga amanah-Mu ini sebaik mungkin, bimbing lah kami ke jalan yang Kau redhai.. Aminn"












3 comments:

Emma Nyiu said...

Lama dah tak nampak aisya..
Last nengok dia masa dia baru lahir..hehe..
Skang dah besaw dah dia..
Tak sabar nak ada baby sendirik..
nak mengaum2 jugak..hhehehe

shaheeda said...

hihi.. tak lama lg mmg emma akan mengaum2, akk ada sms emma invite majlis hari lahir aisya, emma ada dapat??

Emma Nyiu said...

Ada..tapi tak dap datang..hehe sebab puasa..
Nak balas, tapi kedit nak balas..hik hik..
Apa2 pon, happy belated Birthday yaa buat aisya ngan ibu aisya
:))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

klik SINI ye !!