Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Wednesday, May 5, 2010

selamat hari lahir MAK! syg mak sgt.. rindu kat mak.. sob2

salam..

Hari ni hari lahir emak kesayangan aku... hehe.. dan yg best nya mak aku lahir pada 05/05/55... jadi hari ni mak aku berumur 55 tahun?!!.. waaa.. semua angka 5...

tapi, aku di kl.. tak dapat nak celeb, just call je pagi.. mak mcm biasa la.. seronok kalau anak2 telefon... tp hari ni dia lebih seronok sikit.. pas aku wish dia ckp "Terima kasih byk2"... sedih wooo.. rasa mcm nak pecut kereta balik skrg... tp aku mungkin balik 2minggu lagi setel macam2 hal.. pasal kawen2 ni.. belikan mak kek ke.. tgk macamana..


bila di kenang,mcm2 dugaan mak hadapi masa membesarkan kami semua.. Tuhan je tahu mcmana ssh payah mak dulu.. tp mak tabah besarkan kami adik beradik.. ye! mak sy seorg yg tabah...



ini lah mak sy..hehe..


dan untuk kali ni aku nak share satu entry yg agak benar dan mungkin terjadi pada diri kita.. tp aku harap aku tak mcmni.. Insyaallah...


"Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu"


~~kasih ibu membawa ke syurga~~

3 comments:

kak Erna said...

selamat hari lahir untuk ibu sha...mak sha tua 4 tahin je dari acik..bahgainya ibu dapat anak macm sha..yang ingat..dan berbakti pada ibunya..

shaheeda said...

terima kasih.. insyaallah anak2 acik pon mcm tu... kena igt, sbb kalo sbb bukan krn mak sy, sy takkan jd sy yang sekarang.. hehe

Bingai @ Bangang said...

Blog anda telah tersenarai di e-Direktori Bloggers Malaysia

Anda dipelawa untuk menggunakan logo e-Direktori di blog anda.

Anda juga dipelawa mendaftar sebagai "Followers" untuk memudahkan saya menjejaki bloggers kenalan anda.

Sekian dan terima kasih!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

klik SINI ye !!