Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Monday, September 27, 2010

DOA ISTERI


:: DOA ISTERI UNTUK SUAMI TERSAYANG ::

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah
sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu

Ya Allah
ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi I
steri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Saturday, September 25, 2010

website tawen kamiee...

hye, salam.. hari nih nk share ngan korang pasal website tawen2! wiiwwiii.. syok tau

aku buat sblm kawen lagik hari tuh, mcm2 function ada.. ada picture galery, RSVP, guestbook n mcm2 lagi..

ni url nya http://www.mywedding.com/

interface web aku mcm kat bwh ni



button kat tepi tu korang leh reka sendiri..

so.. jum buat wed website sbg kenangan..

ni url wedding website kami http://www.mywedding.com/shaheedaluvanas/, kat sini byk aku upload pic2.. tp tak abis upload lagik.. jemput la jengok !

kalo u all da buat share la ngan aku yekkk..

tata




Friday, September 24, 2010

~~ hANtaraN @ wEddING GIfT ~~

salam..

hari ni takmo bebel.. just tempek gambar je.. hehe,

hantaran perkahwinan kami

from bride - biru turquoise + krim
from groom - red + gold

even da lambat hope korang sudi layan.. hiihiiee

!!click the picture to enlarge!!

FROM SYG TO ABG











FROM ABG TO SYG









BOTH





Wednesday, September 22, 2010

mix jawa + hindi + korea????

salam semua..

isy da bersawang da blog aku, napa korang tak tolong bersihkan?? pemalas taww!!!keh2

punya la lama tak update kan?? bukan bz tp mcm tak tau nk bebel apa kat sini, tp slalu jalan2 kat blog kwn2.. hehe

korang pecaya tak aku mix 3 bangsa tuh?? pecaya la pecaya la.. pls2, tp sebenarnya kan.. tak pon, hhihih.. title nih adalah untuk tayang gambar basi lagi, heheh..

gamba salin2 baju ms wedding aku hari tuh after nikah ceremony, tp kan sedih tau, sbb buat sendiri je.. mak andam wat muka penat then aku suh la dia balik.. sbb esok nya majlis bersanding, takut pulak dia dtg lewat..

thats y la kalo korang tgk, costum tu tak lengkap pon... da siap semua baru jumpa accessories baju2 nih.. uwaaaaaaaa


dah2, jgn dikenang kisah yg da lepas.. yuk layan gambar!!




























jgn tgk gamba yg last nih! serammmm
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
daaaaaAAAAAAA!!! keh2..





k friends.. will update pasal majlis bertandang plak nnti.. soon ok??

tataaa!!


Wednesday, September 8, 2010

... Salam aIDIL FITRI ...


Dengan rasa rendah hati kami ingin memohon maaf kepada semua, andai ada

TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-semena
TERumpat bila-bila
TERusik yg sengaja
... dan segala macam 'TER'lagi.. Maaf yek!!


SELAMAT HARI RAYA!! enjoy the raya k!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

klik SINI ye !!