Alhamdulillah,
Segala puji bagi Allah, dengan izinNya diberikan peluang untuk mengandung dan insha Allah melahirkan umat Nabi Muhammad SAW sekali lagi..
Semoga sempurna segala-galanya seperti Rasulullah SAW, rupa dan akhlak seperti baginda.. amin2 Ya Rabb
... Baby, stay healthy & strong inside k, Ibu, Papa & kakak love u so much... Everyday we're counting days to meet u sayang..
Monday, April 14, 2014
Friday, March 28, 2014
ORANG YANG BANGKRAP!
#Peringatanuntukaku
Kalau aku suka mengumpat, suka menuduh tanpa bukti, suka amik hak orang lain, contohnya barang-barang di opis.. aku akan jd orang yang paling miskin di akhirat nnti! Ingat tu??!!
Orang yang Bangkrap
di Hari Kiamat
Ketika hari diri
kita dihisab kelak ada orang yang datang dengan amal seperti gunung tihamah. Ia
merasa bangga dengan amal kebaikan yang memenuhi buku catatan
amalnya. Dia yakin bahwa ia akan lulus saat dihisab dan masuk kedalam syurga.
Namun setelah
dilakukan hisab dan soal jawab semua amal kebaikannya itu habis digunakan untuk
membayar kejahatan dan kedzaliman yang pernah dilakukannya terhadap orang
lain. Hingga semua kebaikannya yang terlihat seperti gunung itu habis
digunakan untuk membayar kezalimannya pada orang lain tersebut. Setelah
kebaikannya habis ternyata ia masih mempunyai banyak sangkutan pada orang
lainya sedang ia sudah tidak punya amal lagi untuk membayarnya. Akhirnya dosa
orang lain itu dikurangi dan ditambahkan pada dosanya. Hasilnya dia datang
ketempat penimbangan amal tanpa membawa amal kebaikan sedikitpun
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tahukah kalian siapakah orang yang
bangkrap itu?”
Mereka menjawab :
“Orang yang bangkrap di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham
dan tidak pula memiliki harta/barang.”
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya
orang yang bangkrap dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat
dengan membawa pahala shalat, puasa, dan zakat. Namun ia juga datang dengan
membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap
si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu.
Maka sebagai tebusan atas kezalimannya tersebut, diberikanlah di antara
kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah
habis dibagi-bagikan kepada orang-orang yang didaliminya sementara belum semua
kezalimannya tertebus, diambillah kejelekan/kesalahan yang dimiliki oleh orang
yang didzaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam
neraka.” (HR. Muslim no. 6522)
Wednesday, March 12, 2014
PRAY FOR MH370
Assalam uolls...
Sangat2 terpanggil utntuk buat entry pasal MH370...
[47:31] Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.
Dalam alquran memang da jelas, kita semua akan diuji.. bagi melihat sejauh mana keimanan kita, sejauh mana kesabaran kita... dan agar kita kembali kepada-Nya.. kembali meminta, merayu, mengemis padaNya
Sekarang ni kita terlalu alpa dengan dunia, terlalu taksub dengan teknologi... TERLALU
Sesungguhnya Allah terlalu rindu pada kita yang sangat kurang menyebut namaNya, sgt kurang meminta padaNya. melebihkan mencintai dunia daripada mencintai-Nya
Korang akan kaji tak apa kekurangan korang apabila dilanda ujian.. Sama la dengan ujian nih.. Ini teguran Allah kepada pemimpin2 kita yang sgt bersenang-lenang dgn kedudukan diorang, berapa ramai pemimpin yang betul-betul amik tahu kebajikan rakyat..
Ada tak pemimpin kerajaan kita yang cari orang fakir & miskin, then bantu mereka ... ada? kalo ada berapa ketul pun la.. Allahuakbar...
Ok, malaysia mmg aman, aman sbb rakyat tak berani bersuara... Ini bukan my own politic view, ini nak cakap pasal tanggung jawab pemimpin.. PEMIMPIN!!
Berbalik pada kes kehilangan MH370,
Sungguh ini mmg peringatan kepada pemimpin / kerajaan kita, dan kepada kita amnya... Allah tegus supaya kita semua kembali pada jalanNya..
Adakah ini kafarah??
Kafarah atas kesalahan apa??
ok, jawab soalan ni,
1. Kita tau saudara seagama di Syria, Burma, Palestine, Mesir, danAfrika telah diperlakukan dengan kejam, apa Malaysia buat??? ada derma kat diorang? nk hantar tentera apatah lagi!
QS. At-Taubah [9]
: 71
وَٱلْمُؤْمِنُونَ
وَٱلْمُؤْمِنَٰتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ
وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ
وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ ٱللَّهُ ۗ
إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah)
menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang
ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan
mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;
sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
2. Kenapa takleh laksana hudud?? Tak sesuaiiiiii katanyaaaaa...
3. Undang2 Malysia takde pun akta yang mewajibkan kita semua jaga aurat? (bini2 deme pun tak tutp aurat)
4. Harga barang2 makin naik ke makin turun..??
5. Fitnah? Ahh.. kat malaysia mmg bebas nk menfitnah sesiapa pun..
6. Rasuah, markup harga, kroni.. itu mmg tradisi kan??
7. Ada tak pemimpin2 kita terus buat solat hajat lepas benda ni berlaku?? wallahualamm... kalo buat kat rumah tak tau la.. tunggu bantuan dari negara lain dulu ada la, bukannya nak meminta bantuan pada Pencipta.. Pencipta apa yang dilangit dan di bumi..
Nak tulis panjang lagi sebenarnya.. tp nanti makin cakap apa yang tak patut pulak..
QS. Az-Zumar [39] : 6
لَّهُۥ مَقَالِيدُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۗ
وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْخَٰسِرُونَ
Kepunyaan-Nya-lah kunci-kunci (perbendaharaan) langit dan
bumi. Dan orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah, mereka itulah
orang-orang yang merugi.
Marilah kita semua memohon doa kepada kepada Tuan, Pencipta alam semesta , langit dan bumi...
Solat hajat, doa, yassin dan sebut asma-asma Allah yang berkaitaan, antaranya
As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat
Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan
Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung
QS. Az-Zumar [39]
: 53
۞ قُلْ يَٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُوا۟
عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا۟ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ
يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ
Katakanlah:
"Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni
dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.
Wednesday, February 19, 2014
Kerana Wajah Ini
Kerana wajah ini..
Aku mencari jalan bagaimana untuk hidup dengan lebih baik.
Kerana wajah ini..
Aku mencari bagaimana untuk mendidik beliau dengan cara terbaik.
Kerana wajah ini..
Aku mengenal apa makna kehidupan ini.
Kerana wajah ini..
Aku menjadi hamba Allah yang lebih baik, mencari kekurangan diri & menambah ilmu di dada.
Kerana wajah ini..
Aku belajar bagaimana untuk IKHLAS dalam segala hal.
Kerana wajah ini..
Aku tahu bagaimana untuk tenang dalam segala hal, iaitu bergantung sepenuhnya pada Allah swt .
Benarlah,
ANAK ITU MEMANG ANUGERAH ALLAH PALING TERINDAH..
Benarlah,
ANAK ITU BUKTI KEBESARAN ALLAH TAALA..
(Surah Al-Anfal, 28):
(Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.
(Surah Al-Taghabun, 15):
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.
صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ))
“Apabila wafatnya manusia, maka terputus darinya amalannya (pahala) kecuali dari tiga perkara (iaitu) dari sedakah jariah (pahala yang mengalir), ilmu yang bermanfaat (kepada manusia lain yang masih hidup), atau anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepadanya”.
(HSR Muslim No. Hadis 4310)
(( كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ))
“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pernikahan Anas from Azrul Affandi Sobry on Vimeo.