Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Friday, February 22, 2013

Perangai Aisya yg comel, pelik & kelakar.. hikhik

Assalammualaikum..

Saja je nak update blog, di hari JUMAAT yang mulia nih, hehe

Sebelum tu, layan kata² hikmah ni

"BILA ENGKAU MEMANDANG SEGALANYA DARI TUHANMU,
YANG MENCIPTA SEGALANYA,
YANG MENIMPAKAN UJIAN,
YANG MENJADIKAN SAKIT HATIMU,
YANG MEMBUAT KEINGINANMU TERHALANG,
SERTA MENYUSAHKAN HIDUPMU,
PASTI AKAN DAMAILAH HATIMU
KERANA...

MASAKAN ALLAH SENGAJA MENTAKDIRKAN SEGALANYA UNTUK SESUATU YANG SIA-SIA,
BUKAN ALLAH TIDAK TAHU DERITANYA HIDUPMU,
RETAKNYA HATIMU,
TAPI MUNGKIN ITULAH YANG ALLAH MAHUKAN KERANA
ALLAH TAHU HATI YANG SEBEGINILAH LEBIH MUDAH LUNAK
DAN MUDAH DEKAT DAN AKRAB DENGANNYA..."

ok, kita sambung balik cerita buah hati kesayangan aku sorang tu..

Sekarang ni aisya suka menyanyi sorang² atau dgn kata² lain berangan .. haha, kekadang paham.. kekadang tak paham apa yang dia nyanyi..

Yang aku paham dia nyanyi.. "Baa baa.. back chiippp", yg tu lagu Baa Baa Black Sheep.. tu je satu yang aku paham, yg lain aku tak paham.. Then aku selalu ajak dia nyanyi lagu "Ibu ibu engkaulah ratu hatiku..", hehe..

Lagi satu, dia da pandai pegang pen.. dan menconteng tah apa² dalam buku... apa pun yang dia conteng aku akan cakap "Cantikkk!! Pandai anak ibu lukis".. then dia akan conteng dengan bersungguh lagi, kihkih

sebab aku ada baca pasal pujian ni akan membentuk peribadi anak, kaedah ni namanya Self Esteem kalo tak silap aku la, setiap perlakuan dia yang baik aku akan puji.. dan aku perasan dia akan igt perlakuan tu.. contohnya, buang sampah, kadang² aku dah tak perlu suruh.. kalo dia nampak sampah apa² dia akan buang sampah tu sendiri dalam tong sampah..

Kelakar nya, bila dia nampak sampah, dia akan cakap "mmpah," then jalan terkedek² pegi buang sampah kat tong sampah.

Aisya da pandai minta adik tau,  haha.. kalo ibu/papa tanya : "Aisya nk adikk tak", dia akan jawab : "Adikk(sambil menggangguk)", then tanya berapa?? dia akan jawab : "aaatuuu", sambil angkat jari telunjuk.. haha

Sekarang lg advance, kalo tanya nk adik tak?? terus jawab "SATUUU!!" dengan semangat, sambil angkat jari telunjukk.. kihkih

Pastu da ada perangai cemburu buta yg sangat menjengkelkan, bila ibu tepuk2 atau manja2 ngan papa dia akan jeles sesangat.. dia akan memberontak dengan pelbagai cara.. sama ada ibu kena cubit atau papa yang kena cubit, atau apa² yang ada dalam tangan dia akan baling, paling takleh blaa.. dia terbalikkan bakul baju hari tu.. hahaa.

Paling comel bila dia sorang² dia berangan apa tah, dia akan cakap.. "papa", "bubu", "chacha".. lama jugak aku nk paham, rupanya dia ckp "PAPA", "IBU", "AISYA", hahaa.. mayb bila da ada adik nnti akan tambah lg satu ayat "dikdik".. kihkih, ops², korang pk apa tu, belum², kami belum puas nk manjakan aisya lg.. hihi

Hai la anak ibu, da hampir 2 tahun, mcmana la gayanya nnti ibu nk "putuskan" susu nen dari dia.. huk huk..

INI DIA MEM BESAR KAMI TGH TIDO!!













Friday, February 15, 2013

Si Kuda Biru & Si Baju Hijau

Assalamualaikum wbt

Salam jumaat yang penuh berkat..

Lagi DAN lagi entri pasal aisya daania (tolong jgn boring yeee), buah hati kesayangan ibu & papa.. hehe,

Semoga menjadi kebanggaan kami di dunia & akhirat, amin²

Masa cuti CNY  hari tu kami balik kampung en suami, sempat la soping kecil²-an, byk beli tuk anak je, ibu tak beli apa pon.. sobs sobss..

Pegi Bazar tok guru, sambar sekor kuda tuk aisya.. haaaaaa???
rileks².., kuda mainan ajee.. hihi





Aku suka membeli di kelantan, sbb barang semua murah², kalo la aku duk kelantan dengan gaji skg ni, mmg kategori mewah la.. kuda ni RM19 je, tawar² dapat RM15, haha.. rasa mcm nk beli 10 ekor terus...

"Lebih nilai untuk wang anda!!", tetibaaa??


Da pandai ambil gambar, takyah suh senyum da tersengih, hihi



Baju ijau ni pon, beli kat bazar tok guru jugak, ibu igt nk beli sama ngan aisya, tapi takde plak saiz ibu (butang baju tu ntah kemana hilangnya).. hehe



Bila ibu suh berdiri sebelah kuda, jalan kedek² terus pose macam kat bawah ni..

                                       # tolong abaikan kesepahan rumah dalam gambar di bawah



Senang sekarang sebab dia da paham arahan aku.. hihi

k la semua, taataaa

take care semua, thanks sudi baca pasal aisya, aisya syg semua. muaahhhxx muaahhhxx

#anugerahterindahdalamhidup




Thursday, February 14, 2013

Aisya almost 2 years, dapat ilham nak bagi susu ILHAM.. heh

Assalamualaikum wbt..

Aisya daania kesayangan almost 2 years, 4 bulan lagi, lambat lg sebenarnya.. hehe

Aku da prepare & da google² nk bg susu apa kat dia

Then da decide nk bg susu ILHAM kat anak aku.. mayb korang pon bole bertukar kepada susu ni kot, da lama sangat kita berbangga dengan produk omputih, apa kata kita support produk local+muslim  ni...

Susu ni diperkaya dengan makanan sunnah, iaitu kismis, kurma, badam & paling best ada terapi alquran yang takde kat mana² susu lain..

Susu ni tak boleh dilangkah, nnti hilanglah berkat terapi alquran tu kan..



Ceeh, aku da promote plak susu diorg ni, kena minta komisen nih.. heheh

k lah... nk pegi mengepam susu, jgn ikut!! malu.. haha
Tata

nota kecewa : tadi aku da taip panjang², pastu aku undo² hilang abis semua yang aku taip.. menci!

Wednesday, February 6, 2013

Chicken Fold Over My Style.. Kalo cuba tak pandang dah yang MekD tu.. hoho

Assalammualaikum semua..

Ini adalah entry ala Masterchef .. Sila amik pen salin resepi.. (ini semua POYOOOO)..

Malam semalam bernafsu sgt nk makan benda alah ni, sbb mmg penah buat sebelum ni..
Cik mek Aisya tdo, cik bapak Aisya plak pi main futsal (suka² hati aku je cik bapak, ahakss), so boleh la aku buat projek masak sambil ambil gambar sebab nk share ngan korang² semua.. hehe

Mula² kena goreng ayam dulu (masa part ni tak amik gambar plaks..)

Bahan² nye:

Isi ayam
Tepung Gandum
Sedikit tepung jagung
garam
Serbuk black paper
Terlur 1 biji
Chili Flakes
Minyak masak

Kekdahnya :
1. Bancuhan telur : kacau telur bersama cili flakes dan sedikit garam
2. Untuk bancuhan tepung plak, Campurkan tepung gandum, tepung jagung(tuk bg rangup), sedikit garam, dan black paper.
3. Celupkan ayam dalam bahan telur, then gaul² kat bahan tepung.
Kalo korang perasan aku letak garam kat bancuhan telur dan bancuhan tepung, sebab nya kalo letak kat salah satu bancuhan, nnti masa korang gigit akan ada rasa bhgn yang masin dan tawar, tak sekata la senang citer..
4. Panaskan minyak, then masuk kan ayam td.Goreng sampai keluar emas, eyhh! sampai warna keemasan..

Ni hasilnya..


Bahan sayur:

Korang tgk lah sendiri.. heheh


Then ini wrap nye.. aku tak tau lah nama dia apa sebenarnya, roti pita ke ye? lupa plak nk tgk kat packing dia tuh. huhu.. aku kalo ternampak kat carefour ke giant ke, mmg aku sambar.. bole buat macam2 ngan roti nih..  aku amik flavor potato, ada lg flavor lain.. garlic & original kalo tak silap aku.



Roti ni perlu di panaskan dahulu, tanpa minyak ye, atas api sederhana atau dalam oven..




So bahan2 semua da ready, boleh la kita wrapkan dia.. hehe, opss² sebagai penyedap rasa, letak sos & mayonis, kalo ada cheese lg shedap!



Ini hasil setelah di susunkan dengan agak comot atas roti


Ini plak hasilnya setelah digigit dengan rakus.. aummmm



Ok lah kawan² ku, kalo rajin cuba la, kalo malas takyah cuba.. haha

Tata, wassalam








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

klik SINI ye !!