Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 20, 2013

Power Of ISLAM

Assalammualakum wbt dear friends..

Terpanggil untuk share video ni..


"Menjadi kebiasaan di Amerika Syarikat, ahli tarekat berzikir di kawasan umum. Video ini bertempat di Washington DC, dalam suatu majlis tertentu yang mengumpulkan pelbagai adat budaya.

Alunan Zikir La Illaha Illallah yang dibawa oleh kumpulan Tareqat Naqsyabandi Osmanli, diketuai oleh Shaykh Abdul Kerim al-Kibris pada waktu itu, menarik perhatian orang awam dalam kalangan bukan Islam, malah mereka turut menyertai alunan zikir tersebut.

Seorang aktivis lelaki Amerika bukan Islam, Clyde Bellecourt yang kemudian turut duduk di sebelah Syeikh tersebut turut bersama-sama mengalunkan zikir kalimah al toibah, malah terkesan sehingga menangis apabila beliau dihormati oleh kumpulan tareqat ini kerana menempatkan beliau untuk duduk di sebelah Syeikh dan dipakaikan kepada beliau pakaian Sunnah Baginda Nabi, iaitu Serban dan Jubah.

Inilah kelembutan dan kemesraan Islam yang dibawa golongan Sufi di Amerika, tiada kecaman ataupun "fobia" daripada kalangan masyarakat bukan Islam di sana terhadap golongan ini.

Tidak seperti kumpulan Islam yang "radikal" yang bersikap keras, dan lebih kepada "menghukum", yang akhirnya tidak disukai oleh masyarakat yang menyebabkan pencemaran dakwah Islamiah di atas muka bumi ini.

(Dengarkan alunan zikir ini sehingga habis, sedikit pun tidak membosankan. boleh lihat permulaan pemberian pemakaian jubah kepada lelaki bukan Islam pada minit 7:25) " 


Subhanallah.. sangat indah akhlak muslim yang sebenarnya, sampai menangis org non muslim tu di layan sgt baik mcmtu, semoga dia diberikan hidayah, siap tiup wisel dan zikir sama²

Kat amerika syarikat mereka bebas nak berzikir mcm ni kat tempat² awam, kalo kat malaysia ??? emm...

#PrayforSyria #PrayforMesir





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

klik SINI ye !!