Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 23, 2008

PETUA KESIHATAN anjuran ABN QAYYIM

Penyebab Rosaknya Badan
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan ialah perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan Qiamullail).

Menerangkan Penglihatan
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati ialah melihat warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang atau barang yang di sayangi dan melihat buahan serta dedaun. Perkara yang boleh menggelapkan pandangan ialah berjalan tanpa alas(berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah muram(masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

Penyebab Wajah Bersinar
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering(hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan, dan taqwa.

Perasaan Benci
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

Perkara yang Mendatangkan dan Menyekat Rezeki
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

Kefahaman dan Ingatan
Perkara yang boleh merosakkan ingatan dan kefahaman ialah sentiasa memakan buah yang masam, tidur menggunakan tengkuk(belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Sementara perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman ialah hati gembira, sedikit makan dan minum, mengawal makanan yang manis dan berlemak serta mengurangkan lebihan berat badan.

Maksud firman Allah: "Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al A'raaf:179)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

klik SINI ye !!