Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 29, 2009

15 nasihat untuk WANITA


1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan - Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya

4. Terlalu lama melihat - Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur - Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banayk berfikir - Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerapdialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan - Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).

14. Terlalu minum minuman berais - Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - Merosakkan fikiran.Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.



Tuesday, October 27, 2009

MUNAFIK!

Ciri-ciri Orang Munafik

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya .
(Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Friday, October 23, 2009

BAJET 2010!!

  • Talking about bajet ni sgt men'suspen'kan coz byk sgt rumors yang aku dgrrr... TIDAK! JGN PERCAYA! tunggu the real announcement from DSNTR dis evening, jam 3.30 pm..


    Tapi kalo time2 sekolah dulu and sebelum involve dlm government ni buat derk je, kalo ada pembentangan bajet aku akan ckp "apa dia bebel2 nih??" or "alahhh, konfem rokok naik harga", pastu alih channel lain.. haha.. tp sekarang AMIK KO!!

    cuma aku harap yang baik2 belaka la... Insyaallah..


Berikut ialah ringkasan budget 2010 yang baru sahaja selesai dibentangkan:

  • Pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM500 setahun (2010-2012) bagi langganan broadband
  • Penjawat awam kini boleh memperoleh pinjaman komputer sebanyak RM5,000 setiap 3 tahun jika dibandingkan setiap 5 tahun sebelum ini
  • Pemberian Biasiswa Nasional kepada 30 orang yang terbaik diseluruh Malaysia bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Izajah di universiti tersohor di dunia
  • Peminjam PTPTN yang mendapat Ijazah Kelas Pertama mulai tahun 2010 akan ditukarkan pinjaman kepada biasiswa
  • Diskaun 50% kepada pelajar yang berumur 13 tahun ke atas bagi menggunakan keretapi jarak jauh dengan KTMB
  • Pelajar boleh memperoleh netbook dengan langganan broadband dengan kadar RM50 sebulan selama 2 tahun. Package ini lebih murah daripada kadar di pasaran. Keutamaan akan diberi kepada pelajar tahun 1 universiti keluarga berpendapatan rendah. Buat permulaan Telekom akan menawarkan kepada 100,000 pelajar
    LRT (Kelana Jaya-Taman Melati) akan ditambah dengan 35 unit tren
  • Terminal Pengangkutan Bersepadu akan dibina di Gombak bagi mengurangkan kesesakan di bandar
  • Skim insurans / takaful asas bagi motor akan diperkenalkan bagi mempercepatkan claim dan kadarnya dijangka tidak akan membebankan rakyat
  • Syarikat yang tersenarai akan memperkenalkan e-Dividen kepada pemegang saham bagi meningkatkan kemudahan pembayaran. Syarikat broker diberi pilihan untuk memperkenalkan e-Payment bagi membuat dan menerima pembayaran
  • Bermula 1 Januari 2010, kerajaan akan memperkenalkan service charge sebanyak RM50 setahun dan RM25 setahun bagi pemegang kad kredit utama dan tambahan. Ini bagi mengalakkan perbelanjaan secara berhemah. Pemegang kad kredit pada Ogos 2009 ialah 11 juta
  • Kerajaan akan mengenakan RM10,000 bagi setiap AP kepada pemegang AP terbuka.
  • Sistem Pengurusan Subsidi bagi petrol akan diperkenalkan pada awal 2010, untuk memberi hanya kepada yaang memerlukan dengan menggunakan infrastuktur yang sedia ada dan MyKad
  • Kadar elaun bagi Orang Kurang Upaya (OKU) akan ditingkatkan daripada RM50 sebulan kepada RM150 sebulan bagi yang bersekolah di sekolah khas - ianya melibatkan 4,000 pelajar OKU
  • Bagi pencarum EPF yang memilih caruman sebanyak 8%, boleh memilih untuk meningkatkan kembali kepada 11% berkuat kuasa serta merta
    Bagi assessment 2010, cukai individu maksima akan diturunkan daripada 27% kepada 26%
  • Pelepasan individu bagi tujuan cukai pendapatan individu dinaikan daripada RM8,000 kepada RM9,000 setahun
  • Semua Jabatan dan Kementerian di bawah kerajaan dikehendaki menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak. Bagi tujuan ini, kerajaan memperuntukan RM200,000 bagi setiap jabatan / kementerian
  • Pemberian saguhati kepada penjawat awam berjumlah RM500 dipanjangkan juga kepada semua penjawat awam gred 41 hingga gred 54 atau bersamaan dan juga kepada pesara jika dibandingkan sebelum ini hanya kepada staf kategori sokongan. Bayaran akan dibuat pada bulan Disember 2009

Thursday, October 22, 2009

sEJAdaH berdiRI...

-- kejadian di Taman Kapar Setia, Kapar pd thn 2008

SEJAK KEBELAKANGAN NI BYK KEJADIAN SEJADAH BERDIRI.. ERMMM... APA KEMUNGKINAN NYA YE?KEBIASAANNYA KITA AKAN KATA "INILAH TANDA KEBESARAN ALLAH, SUBHANALLAH" DAN SEKADAR TERMATI DI SITU TANPA FIKIR APA HIKMAHNYA...

..ATAU MUNGKIN DILAKUKAN OLEH MANUSIA UNTUK NAK POPULARKAN TEMPAT DIORANG.. ATAU MUNGKIN PERINGATAN ALLAH TUK UMAT ISLAM YANG SEKARANG SUKA
ABAIKAN SOLAT N BERAT SGT KAKI NAK P MASJID/SURAU ??
WALLAHU'ALAM...
--- kejadian di Repek, Pasir Mas beberapa bulan lalu


---kejadian di Madrasah Kampung Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang semalam.


----ORANG RAMAI melihat sejadah berdiri di surau Sekolah Maahad Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.

YELA... BILA MANUSIA DA TAKNAK GUNAKAN SEJADAH TU UNTUK SOLAT SO SEJADAH TU SOLAT LA SNDIRI KAN... ATAU MUNGKIN PETANDA ALLAH NAK BAGI AMARAN AKAN BERLAKU BENCANA??? NAUZUBILLAH.. APA2 PON SAMA2 KITA FIKIR-FIKIR DAN RENUNG-RENUNGKAN...

----TIGA helai sejadah berdiri di Surau Al-Rahmaniah ketika penduduk datang menunaikan solat Asar di Kampung Teluk Yan, Alor Setar semalam.


----TIGA sejadah berdiri di surau Tanah Liat, Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.




Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Ali Imran: 190)

Wednesday, October 21, 2009

MAKAN??!! MAKAN??!! dan MAKAN??!! beWARE!!

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

MAKAN CARA NABI

1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.
2.Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.
3. Makan dengan menggunakan 3 jari.
4.
Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”.
Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur.
5.Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doaBismillahiwa’ala barokatillah“.
6.Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.
7.Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

----Kalau kita makan ikut sunnah Nabi SAW, seperti yang di katakan tadi, kita akan dapat
  1. PAHALA
  2. KEBERKATAN.
----Jadi, pilihan di tangan anda. Nak makan macam lembu dan kambing makan, atau nak ikut sunnah Nabi SAW? Buatlah pilihan yang bijak… kalau kita ummah yg bijak.. hehe

---- Ada lagii...!!

Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:-

1. Susu dgn ikan
2. Cuka dgn susu
3. Buah-buahan dgn susu
4. Daun salad dgn ikan
5. Bawang putih dgn bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)
6. Daging segar dgn daging kering
7. Benda masam dgn benda berasid seperti cuka
8. Cuka dgn nasi
9. Buah delima dgn serunding
10. Telur dgn ikan.

**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke.

**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!

Perkara yg perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

1. Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya drp cara pemakanan diatas)
2. Senaman sebelum makan.
3. Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari (lebih kurang � jam)
4. Jangan makan buah selepas makan.
5. Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.
6. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)
7. Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma
8. Makan sedikit waktu malam (awet muda,sunnah nabi)
9. Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.
10. Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.
11. Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.


--- just nak kongsi ngan kwn2 apa yang saya baca tuk kebaikan bersama.. wallahu'alamm...

Monday, October 12, 2009

99 langkah....

~~99 langkah menuju kesempurnaan iman~~

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat
02. Bersabar apabila mendapat kesulitan
03. Tawakkal apabila mempunyai rencana / rancangan
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
06. Jangan menyesal atas suatu kegagalan
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
08. Jangan usil dengan kekayaan orang
09. Jangan hasat dan iri atas kejayaan orang
10. Jangan sombong kalau memperoleh kekayaan
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu menghendaki akan suatu kedudukan
13. Jangan hancur karena kezaliman
14. Jangan goyah karena fitnah
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan sholat dengan ikhlas dan khusyu’
24. Lakukan sholat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
25. Biasakan sholat malam
26. Perbanyak dzikir dan doa kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan sunah
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan Ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah
33. Berlatihlah untuk banyak berfikir
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan minta maaflah apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuh
35. Jangan mempunyai musuh kecuali dengan iblis atau setan
36. Jangan percaya dengan ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala
41. Berlakulah adil dalam segala urusan
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
44. Hiasilah rumah dengan bacaan Al Qur’an
45. Perbanyaklah silaturrohim
46. Tutuplah aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47. Bicaralah secukupnya
48. Beristri atau bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49. Hargai waktu, disiplin waktu, dan manfaatkan waktu
50. Biasakan hidup bersih, tertib, dan teratur
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan
54. Hormatlah kepada guru dan ulama
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi
56. Cintailah keluarga Nabi SAW
57. Jangan terlalu banyak hutang
58. Jangan terlampau mudah berjanji
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sadar kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
63. Lakukan ibadah Haji dan Umrah apabila sudah mampu
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan
66. Jangan membenci seseorang karena pemahaman dan pendiriannya
67. Jangan benci pada orang yang membenci kita
68. Berlatihlah untuk berterus terang dalam menentukan suatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendaparkan kesulitan
70. Jangan melukai hati orang lain
71. Jangan membiasakan berkata dusta
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
75. Hormati orang lain yang lebih tua
76. Jangan membuka aib orang lain
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya daripada kita
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat / berguna bagi agama, bangsa dan negara
82. Kenalilah kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
84. Berkata baik atau lebih baik diam
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau pikiran kita menjadi terganggu
90. Ikutlah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
95. Sambutlah uluran tangan setiap orang (tetap jaga aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tantangan. Jangan lari dari kenyataan
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang lain dan jangan kaya dengan memiskinkan orang lain

-- Baca satu persatu dan nilaikan dengan diri kita.. Semoga mendapat manfaat darinya :D


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

klik SINI ye !!