Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 22, 2016

Nota Hafazan

Ramai orang termasuk sahabat2 bertanya tentang sistem hafazan dan murajaah yang baik. Di sini akan saya nyatakan secara umum. Mungkin lain orang lain caranya. Lain pelajar lain gurunya. Justeru anggaplah ini satu perkongsian kecil dari saya untuk perbincangan bersama.

Sistem hafazan dan murajaah saya bahagikan kepada tiga . Pertama dinamakan tasmi’, kedua sabqi dan ketiga muraja’ah. Saya perincikan sebagaimana di bawah.

Tasmi’ :

Merupakan hafazan baru yang akan anda perdengarkan setiap hari kepada guru anda. Tasmi’ juga dikenali dengan nama “ sabaq ”. Ia bermaksud hafazan baru. Hafazan baru adalah bergantung kepada kemampuan dan keupayaan seseorang pelajar. Kebiasaanya adalah satu atau dua muka. Bagi yang mampu mendapatkan dua muka ( sehelai ) untuk setiap hari secara istiqamah, saya golongkan dalam golongan yang excellent. Bagi yang mampu istiqamah semuka saya kira sebagai golongan sederhana dan bagi yang mendapat kurang daripada itu boleh dikelaskan sebagai lemah.


Sabqi :

Merupakan i’adah atau ulangan pada juzu’ yang sedang anda hafaz. Bagi pelajar Darul Quran, seringkali pelik dengan istilah ini apabila saya sebutkan kepada mereka. Teknik ini terkadang tidak popular dan tidak digunakan secara rasmi di sesetengah Maahad Tahfiz. Namun bagi saya ia adalah bahagian yang sangat penting. Contoh mudah untuk anda faham ; sekiranya anda sedang menghafaz juzuk 5 mukasurat ke 8 iaitu helaian yang keempat, maka muka surat 1 sehingga muka surat ke 7 dinamakan sebagai Sabqi. Ia juga dikenali dengan nama “ para sabaq ”.


Muraja’ah :

Merupakan ulangan anda bagi juzuk2 yang telah anda hafaz. Contohnya anda sedang menghafaz juzuk 5, maka juzuk 1 sehingga 4 dinamakan sebagai murajaah. Ia juga dikenali dengan nama “ i’adah ”dan “ manzil ”.

MEMAHAMI KEPENTINGAN TASMI’, SABQI DAN MURAJA’AH

Sebagai seorang penghafaz Al-quran , ketiga2 sistem di atas merupakan perkara wajib yang akan dilalui oleh anda. Justeru, di peringkat permulaan saya nyatakan , adalah teramat penting untuk seorang penghafaz Al-Quran itu memahami sejelas2nya tentang kepentingan setiap sistem tersebut.


Kepentingan Tasmi’ :

Perkara asas yang sedia dimaklumi oleh semua penghafaz Al-Quran. Jika tiada hafazan baru, bagaimana untuk menamatkan hafazan 30 juzu’. Cuma persoalannya adalah sama ada cepat atau lambat, banyak atau sikit dan rajin atau malas.

Bagi saya, kadar yang paling baik adalah sederhana atau pertengahan. Jangan terlalu ghairah untuk tergesa2 dan menghantar tasmi’ dengan begitu banyak. Jangan pula terlalu lembab atau ‘penakut’ dengan menghantar tasmi’ ‘ala kadar’ sahaja.

Manusia sebenarnya diciptakan dengan sifatnya yang sentiasa menyukai benda baru. Sentiasa pula inginkan sesuatu yang baru dan mudah jemu dengan yang lama. Ini tiada kaitan dengan poligami ye ( selingan ). Lumrah dan sifat ini seringkali mendorong seseorang penghafaz Al-Quran itu untuk menambah dan menghantar hafalan barunya sebanyak mungkin. Saya tidak katakan ianya negatif. Mungkin juga ia satu fenomena bersifat positif dan membina. Tetapi saya tekankan, ianya sangat2 negatif bilamana penghafaz Al-Quran itu mula mengabaikan murajaah dan hanya ghairah mengejar hafalan baru. Hasilnya? Semakin banyak dihafaz semakin banyak yang dia lupa.

Kepentingan Sabqi atau Para Sabaq :

Komponen atau sistem dalam hafazan yang sangat jarang diambil berat dan paling kerap diabaikan oleh sejumlah penghafaz Al-Quran. Antara faktornya ialah



  • Tidak tahu tentangnya
  • Merasakan ianya tidak penting
  • Menyamakan ianya dengan muraja’ah, manzil atau i’adah

Secara peribadi saya nyatakan, Sabqi amat2 penting dan WAJIB diambil berat oleh para penghafaz Al-Quran. Sabqi TIDAK SAMA dengan muraja’ah.Antara faktor kenapa anda gagal mendapat muraja’ah dan i’adah dengan baik adalah disebabkan anda tidak menitikberatkan persoalan Sabqi. Saya menjalani sistem ini dan sangat memberi perhatian kepada ulangan Sabqi saya sehingga tamat menghafaz Al-Quran.

Cuba fikirkan, secara ringkas saya bawakan contoh. Anda biasanya menghafaz atau mendapatkan hafazan baru pada waktu malam sebanyak satu muka, dua muka atau lebih. Biasanya selepas maghrib anda akan fokus untuk hafaz dan sebelum tidur anda telah pun mendapat target yang anda mahukan. Kemudian hafazan tersebut akan di ‘kemas’kan secara rapi selepas subuh sehinggalah anda masuk ke kelas pagi untuk tasmi’. Semestinya perkara pertama bila menghadap guru anda di waktu pagi adalah untuk tasmi’ hafazan baru.

Baik, perhatikan pula kepada minda dan ingatan anda waktu itu. Hanya hafazan baru yang menguasai ingatan. Pastinya waktu sebelum masuk tasmi’, anda benar2 ‘nampak’ susunan ayat2 dalam kepala. Kemudian barulah anda tasmi’ dengan lancar. Adakah selepas tasmi’ semuanya patut berakhir? Jawapannya adalah TIDAK. Tetapi kesilapan yang sering anda lakukan adalah menjawab YA. Semuanya anda akhiri selepas tasmi’.

Kenapa? Kerana anda tidak perlu menghantar Sabqi kepada guru anda. Anda tidak mempunyai ‘paksaan’ untuk itu. Anda akan kembali ke tempat duduk, kemudian mula mengulangi muraja’ah dan i’adah. Sedarkah anda, andainya selepas zohor atau selepas asar anda diminta membacakan ayat2 yang pada sebelah paginya anda dapat tasmi’ dengan lancar dan baik, anda sekali2 TIDAK AKAN dapat membacanya bahkan mengingatinya dengan baik? Semuanya berterabur dan ‘tak nampak’. Sudah saya nyatakan sebabnya, iaitu kelompangan pada Sabqi.

Otak anda boleh dibahagikan kepada tiga. Bahagian depan, tengah dan belakang.
Kenapa paginya anda boleh tasmi’ dengan baik tetapi petangnya apa yang anda tasmi’ pagi tadi telahpun anda lupa? Kerana hafazan pagi tadi hanya berada dibahagian hadapan otak anda, bukan masuk ke tengah jauh sekali ke belakang. Senang kata, hanya “bermain2 di depan pintu masuk”. Bila2 masa sahaja ia akan keluar balik. Bagaimana untuk menjadikan hafazan baru anda itu dapat masuk ke belakang atau sekurang2nya ke tengah?

Caranya adalah, selepas anda tasmi’ yang baru ( samada semuka, dua muka atau lebih ) anda kembali ke tempat duduk, ulang semula hafazan tersebut dan campurkan dengan tasmi’ anda yang semalam , kelmarin sehinggalah ke awal juzu’. Perhatikan ; kiranya anda baru sahaja menghantar tasmi’ mukasurat ke 12 juzuk 6, maka anda perlu ulang balik kesemua 12 mukasurat juzuk 6 itu dan lebih baik kalau anda dapat hantar Sabqi itu untuk disemak oleh ustaz. Saya berani katakan bahawa,SABQI LEBIH SUSAH UNTUK DIULANG BERBANDING MURAJA’AH. Kebiasaannya, tasmi’ semalam dengan kelmarin sudah terbang entah ke mana. Justeru berhati2 dan tolong berikan perhatian sewajarnya pada Sabqi anda.

Kepentingan Muraja’ah atau Manzil atau I’adah :

Sistem ini umumnya diketahui dan diamalkan secara konsisten oleh kebanyakan Maahad Tahfiz. Umumnya semua penghafaz Al-Quran tahu tentangnya dan kepentingan i’adah untuk diri mereka.

Bagi anda yang murajaah anda dikawal oleh guru kelas anda, banyakkan bersyukur meskipun anda rasa tertekan dan sebagainya. Cuma yang bermasalah adalah yang amanah muraja’ah adalah di bahu mereka sendiri. Situasi ini berlaku pada sesetengah Maahad Tahfiz yang tiada sistem murajaah dan juga kepada penghafaz Al-Quran yang telah khatam menghafaz Al-Quran. Mereka2 inilah yang sangat susah mendisiplinkan diri mereka untuk murajaah segala juzuk2 yang telah mereka hafaz. Sudahlah tak masyi, ditambah pula dengan sikap sambil lewa dan malas, akhirnya beban amanah juzuk2 yang dihafaz terabai sebaliknya sibuk mengejar benda2 yang lain.

Nasihat saya, tolong dan tolong, buatlah jadual murajaah untuk diri sendiri secara konsisten dan disiplinkan diri anda dengan jadual tersebut. Malas macam mana sekalipun, pastikan anda ulang sekurang2nya setengah juzuk dengan baik dan benar2 ingat. Anda sendiri tahu betapa pentingnya menjaga muraja’ah.

Wednesday, August 3, 2016

6 Cara Tingkatkan Imuniti Anak !

Wajib Ingat Tips Ni. 6 Cara Tingkatkan Imuniti Anak  

 

 


Ianya bermula dengan diet


Sistem imun kanak-kanak akan rosak jika makanan harian banyak mengandungi penambah perisa MSG dan banyak gula. Bila kanak-kanak terkena alergi, sistem pencernaan akan tersiksa, badan jadi lemah membuatkan daya melawan virus dan bakteria jadi sukar.

Gula diketahui menyebabkan imuniti terjejas. Untuk memastikan anak-anak kekal sihat, hadkan pengambilan penambah perisa, gula dan cari apakah makanan yang boleh menyebabkan alahan (alergi) kepada anak. Banyakkan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, bijirin, telur dan daging. Pengambilan kurma adalah sangat baik untuk menggantikan gula kerana kurma mengandungi gula yang baik untuk badan.



Seimbangkan mokrobiota anak anda !


Probiotik adalah bakteria baik dalam tubuh. Ianya menjaga dan membantu mencernakan makanan, membersihkan perut dan usus, membantu membuang toksin dan menghalang dari diceroboh bakteria dan virus. Bila bakteria baik ini diseimbangkan dalam tubuh, kita akan lihat perubahan besar tubuh anak kita terhadap daya melawan penyakit. 
 

Tangani stress dan kebimbangan anak anda  


Dunia hari ni banyak menyaksikan ibubapa terlampau stress dengan hal kerja. Stress itu membawa ke rumah dan dilepaskan kepada anak. Anak diberikan pendidikan terlampau. Sehingga jadual belajar penuh. Bagi memberi ibubapa lebih masa siapkan kerja. Kanak-kanak juga stress seperti orang dewasa. Bila hormon stress dirembeskan, sistem imun mereka terjejas.
Adalah sangat penting untuk anak-anak mempunyai masa liburan yang banyak. Masa untuk bermain secara kreatif, beriadah dan berehat. Badan yang sibuk perlu direhatkan supaya sistem imun boleh terbina. Pengambilan ginkgo biloba boleh meredakan perasaan stress dan bimbang kanak-kanak.

Pastikan anak anda dapat tidur secukupnya


Kebanyakan kanak-kanak sekarang tidak mendapat tidur yang cukup. Bergantung kepada umur, kanak-kanak perlukan 10 jam ke 14 jam tidur dalam sehari. Yang penting ialah tidur yang berkualiti. Iaitu tidur dalam gelap tanpa cahaya (untuk melatonin – hormon tidur) dan pastikan tiada alat elektronik berdekatan anak anda. Kerana mengikut kajian, frekuensi elektromagnet juga mengganggu kualiti tidur. 
 

Demam (Suhu badan naik) sebenarnya baik !


Walaupun kebiasaanya ibubapa akan panik apabila anak suhu badan anak mula naik, adalah penting untuk ibubapa tahu iaitu itu adalah suatu petanda sahaja dan ia bukanlah bermakna sudah jatuh sakit. Demam sebenarnya adalah respon semulajadi tubuh anak anda terhadap jangkitan, dan tanpa demam, tubuh kurang berkesan melawan penyakit. Sistem imun lebih berkesan melawan penyakit dalam keadaan tubuh yang panas supaya anak anda cepat lagi pulih. Namun begitu sila pastikan dengan doktor anda tentang demam itu, dikhuatiri demam berpunca atas sebab lain. 

 

Mengambil suplemen tingkatkan imuniti


Suplemen penting untuk membina benteng kekebalan, keupayaan melawan penyakit, keupayaan mencegah penyakit berjangkit, menyeimbangkan diet harian anak anda, mengekalkan mikrobiota (jumlah bakteria baik) tubuh dan membantu menenangkan tekanan & rasa bimbang. Suplemen Gstar Biokare telah dirumus khas untuk seimbangkan dan memenuhi keperluan kanak-kanak untuk imuniti. 


 

Tuesday, August 2, 2016

CINTA HATI KE DUA KAMI! ALISHA ZARAA DAN BISNES KESAYANGAN KU!

assalammualaikum...

ffuhhhh.. ffuhhh (tiup habuk)...
aiyaaahh aiyaaahhh (buang sawang) ..

selamat hari raya kawan-kawan.. hehe..  bajet tengah ramai baca blog i ni.. kiki

sejak last post, bgtau saya pregnant anak ke dua je kan.. takde pun update pasal adik aisya daania kan..
hii nama saya alisha zaraa 

 jom layan gambar cinta hati kedua kami yang berusiaa 1 thn 9 bulan nihh..





dan selain tu nk promote produk sikit nooo..

Saya ada jual supplement untuk minda dan antibodi untuk anak2.. dan jugak susu kambing untuk minda dan antibodi, dengan satu botol boleh dapat :



1. Vitamin c dan premix vitamin (extract buah-buahan)
2.  DHA dan Omega 3 6 9 (perisa fruites)
3. Makanan sunnah
4. Pribiotik (perisa coklat)
5. Meningkatkan IQ(Intelligence Quotient ) dan  menstabilkan EQ (Emosional Quotient.)




Nama supplement GSTARKIDS dan SUSU KAMBING R-RAYYANkeluaran Nayha Wealth Solutions




 boleh tengok blogshop kat sini  http://geniustarkids.blogspot.my/



GSTARKIDS - Terdiri dari 15 jenis campuran bahan dari makanan sunnah dan moden berbentuk tablet kunyah yang enak dimakan begitu saja!

selain tu ada jugak supplement lain.. tapi yang saya consume untuk anak-anak 2 produk ni lah..

alhamdulillah, dengan izin Allah mmg nampak perubahan pada anak-anak.. especially si kakak yang tengah duk menghafal surah.. harap membantu hafalan dia.. amiinn!!

adik plak penyakit mengada dia semakin berkurang.. boleh la masak dengan aman kat dapur..

supplement sangat penting di zaman  yang macam-macam penyakit nih..

SUSU KAMBING R-RAYYAN - memenuhi keperluan nutrisi sempurna untuk tumbesaran dan perkembangan otak anak anda! Bukan sekadar susu kambing biasa, susu kambing adalah seiras susu ibu. 100% Dijamin sedap dan tidak hamis. Sesuai untuk bayi seawal usia 1 tahun dan juga boleh diminum oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Ditambah dengan vitamin C, kismis, madu, stevia dan lain-lain lagi membuatkan susu kambing keluaran kami antara yang terbaik yang berada di pasaran sekarang! Terdapat perisa coklat dan vanila untuk dewasa. 
 


thats all untuk posting kali nih.. jumpaa di next posting



Monday, April 14, 2014

Alhamdulillah..

Alhamdulillah,




Segala puji bagi Allah, dengan izinNya diberikan peluang untuk mengandung dan insha Allah melahirkan umat Nabi Muhammad SAW sekali lagi..

Semoga  sempurna segala-galanya seperti Rasulullah SAW,  rupa dan akhlak seperti baginda.. amin2 Ya Rabb

... Baby, stay healthy & strong inside k, Ibu, Papa & kakak love u so much... Everyday we're counting days to meet u sayang..

Friday, March 28, 2014

ORANG YANG BANGKRAP!

#Peringatanuntukaku

Kalau aku suka mengumpat, suka menuduh tanpa bukti, suka amik hak orang lain, contohnya barang-barang di opis.. aku akan jd orang yang paling miskin di akhirat nnti! Ingat tu??!!




Orang yang Bangkrap di Hari Kiamat

Ketika hari diri kita dihisab kelak ada orang yang datang dengan amal seperti gunung tihamah. Ia merasa bangga dengan amal kebaikan yang memenuhi  buku catatan amalnya. Dia yakin bahwa ia akan lulus saat dihisab dan masuk kedalam syurga.

Namun  setelah dilakukan hisab dan soal jawab semua amal kebaikannya itu habis digunakan untuk membayar kejahatan dan kedzaliman  yang pernah dilakukannya terhadap orang lain. Hingga semua kebaikannya yang terlihat  seperti gunung itu habis digunakan untuk membayar kezalimannya pada orang lain tersebut. Setelah kebaikannya habis ternyata ia masih mempunyai banyak sangkutan pada orang lainya sedang ia sudah tidak punya amal lagi untuk membayarnya. Akhirnya dosa orang lain itu dikurangi dan ditambahkan pada dosanya. Hasilnya dia datang ketempat penimbangan amal tanpa membawa amal kebaikan sedikitpun

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tahukah kalian siapakah orang yang bangkrap itu?”

Mereka menjawab : “Orang yang bangkrap di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak pula memiliki harta/barang.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya orang yang bangkrap dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala shalat, puasa, dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibagi-bagikan kepada orang-orang yang didaliminya sementara belum semua kezalimannya tertebus, diambillah kejelekan/kesalahan yang dimiliki oleh orang yang didzaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” (HR. Muslim no. 6522)




Wednesday, March 12, 2014

PRAY FOR MH370

Assalam uolls...

Sangat2 terpanggil utntuk buat entry pasal MH370...

[47:31] Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.
Dalam alquran memang da jelas, kita semua akan diuji.. bagi melihat sejauh mana keimanan kita, sejauh mana kesabaran kita... dan agar kita kembali kepada-Nya.. kembali meminta, merayu, mengemis padaNya
Sekarang ni kita terlalu alpa dengan dunia, terlalu taksub dengan teknologi... TERLALU
Sesungguhnya Allah terlalu rindu pada kita yang sangat kurang menyebut namaNya, sgt kurang meminta padaNya. melebihkan mencintai dunia  daripada mencintai-Nya
Korang akan kaji tak apa kekurangan korang apabila dilanda ujian.. Sama la dengan ujian nih.. Ini teguran Allah kepada pemimpin2 kita yang sgt bersenang-lenang dgn kedudukan diorang, berapa ramai pemimpin yang betul-betul amik tahu kebajikan rakyat.. 
Ada tak pemimpin kerajaan kita yang cari orang fakir & miskin, then bantu mereka ... ada? kalo ada berapa ketul pun la.. Allahuakbar...
Ok, malaysia mmg aman, aman sbb  rakyat tak berani bersuara...   Ini bukan my own politic view, ini nak cakap pasal  tanggung jawab pemimpin.. PEMIMPIN!! 
Berbalik pada kes kehilangan MH370, 
Sungguh ini mmg peringatan kepada pemimpin / kerajaan kita, dan kepada kita amnya... Allah tegus supaya kita semua kembali pada jalanNya..
Adakah ini kafarah??
 Kafarah atas kesalahan apa??
ok, jawab soalan ni,
1.  Kita tau saudara seagama di Syria, Burma, Palestine, Mesir,  danAfrika telah diperlakukan dengan kejam, apa Malaysia buat??? ada derma kat diorang? nk hantar tentera apatah lagi!
QS. At-Taubah [9] : 71

وَٱلْمُؤْمِنُونَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ ٱللَّهُ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

2. Kenapa takleh laksana hudud?? Tak sesuaiiiiii katanyaaaaa...
3. Undang2 Malysia takde pun akta yang mewajibkan kita semua jaga aurat? (bini2 deme pun tak tutp aurat)
4. Harga barang2 makin naik ke makin turun..?? 
5. Fitnah? Ahh.. kat malaysia mmg bebas nk menfitnah sesiapa pun..
6. Rasuah, markup harga, kroni.. itu mmg tradisi kan??
7. Ada tak pemimpin2 kita terus buat solat hajat lepas benda ni berlaku??  wallahualamm... kalo buat kat rumah tak tau la.. tunggu bantuan dari negara lain dulu ada la, bukannya nak meminta bantuan pada Pencipta.. Pencipta apa yang dilangit dan di bumi..
Nak tulis panjang lagi sebenarnya.. tp nanti makin cakap apa yang tak patut pulak..
QS. Az-Zumar [39] : 6

لَّهُۥ مَقَالِيدُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۗ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْخَٰسِرُونَ
Kepunyaan-Nya-lah kunci-kunci (perbendaharaan) langit dan bumi. Dan orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah, mereka itulah orang-orang yang merugi.

Marilah kita semua memohon doa kepada kepada Tuan, Pencipta alam semesta , langit dan bumi...
Solat hajat, doa, yassin dan sebut asma-asma Allah yang berkaitaan, antaranya

As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat

Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan

Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung

QS. Az-Zumar [39] : 53

۞ قُلْ يَٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُوا۟ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا۟ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.





Wednesday, February 19, 2014

Kerana Wajah Ini



Kerana wajah ini..
Aku mencari jalan bagaimana untuk hidup dengan lebih baik.

Kerana wajah ini..
Aku mencari bagaimana untuk mendidik beliau dengan cara terbaik.

Kerana wajah ini..
Aku mengenal apa makna kehidupan ini.

Kerana wajah ini..
Aku menjadi hamba Allah yang lebih baik, mencari kekurangan diri & menambah ilmu di dada.

Kerana wajah ini..
Aku belajar bagaimana untuk IKHLAS dalam segala hal.

Kerana wajah ini..
Aku tahu bagaimana untuk tenang dalam segala hal, iaitu bergantung sepenuhnya pada Allah swt .

Benarlah,
ANAK ITU MEMANG ANUGERAH ALLAH PALING TERINDAH.. 

Benarlah,
ANAK ITU BUKTI KEBESARAN ALLAH TAALA..


(Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.

(Surah Al-Taghabun, 15):
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.

صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ))
“Apabila wafatnya manusia, maka terputus darinya amalannya (pahala) kecuali dari tiga perkara (iaitu) dari sedakah jariah (pahala yang mengalir), ilmu yang bermanfaat (kepada manusia lain yang masih hidup), atau anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepadanya”.
(HSR Muslim No. Hadis 4310)

(( كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ))
“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)

Tuesday, September 10, 2013

.... Miracle ...

Assalammualaikum..

Nak share keajaiban Allah tunjuk depan aku.. 

Alhamdulillah, semakin aku dekatkan diri  & aisya dengan AlQuran .. semakin jelas keajaiban Allah.. 

Tak jauh pun keajaiban tu, depan mata aku which is my dotter, Aisya Daania..

1. Nampak key chain nama ALLAH(alif lam lam ha) dalam keta pak sedara dia..aisya boleh bgtau aku, "buu.. ALLAH"(dengan slang pelat dia la)..Subhanallah, tak pernah aku ajar pon, mana dia tau ye?? Wallahua'alam...

 2. Nak tidurkan baby sepupu dia dalam buai, suruh aku buka ipad.. nak pasangkan zikir, mcm biasa aku buat kat dia, pasang zikir n ayat quran sebelum tidur.. again, Subhanallah..

Terpanggil dengan riwayat ini :

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan secara marfu' : "Siapa yang mempelajari al Quran ketika masih muda, maka alQuran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali". (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim).


Aku mmg sgt risau bila tengok anak-anak zaman sekarang, ramai je budak pompuan skg, zaman sekolah menengah takde dara dah, nauzubillahh...


Zaman aisya nnti??? tak tahu la macamana..

Setelah aku mengkaji-kaji, puncanya adalah tak di didik dengan alquran dan hadis dari kecik.. 

Mungkin inilah hidayah Allah.. Alhamdulillah


Mempunyai keinginan untuk jadikan Aisya seorang Hafizah(doakan kami) selepas membaca hadis-hadis ini..


Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini”.

Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : “Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Semoga aku istiqamah dalam mendidik Aisya dengan alQuran dan  hadis.. aminn

"Dear ALLAH, pls help & guide me all the way"








Tuesday, August 20, 2013

Power Of ISLAM

Assalammualakum wbt dear friends..

Terpanggil untuk share video ni..


"Menjadi kebiasaan di Amerika Syarikat, ahli tarekat berzikir di kawasan umum. Video ini bertempat di Washington DC, dalam suatu majlis tertentu yang mengumpulkan pelbagai adat budaya.

Alunan Zikir La Illaha Illallah yang dibawa oleh kumpulan Tareqat Naqsyabandi Osmanli, diketuai oleh Shaykh Abdul Kerim al-Kibris pada waktu itu, menarik perhatian orang awam dalam kalangan bukan Islam, malah mereka turut menyertai alunan zikir tersebut.

Seorang aktivis lelaki Amerika bukan Islam, Clyde Bellecourt yang kemudian turut duduk di sebelah Syeikh tersebut turut bersama-sama mengalunkan zikir kalimah al toibah, malah terkesan sehingga menangis apabila beliau dihormati oleh kumpulan tareqat ini kerana menempatkan beliau untuk duduk di sebelah Syeikh dan dipakaikan kepada beliau pakaian Sunnah Baginda Nabi, iaitu Serban dan Jubah.

Inilah kelembutan dan kemesraan Islam yang dibawa golongan Sufi di Amerika, tiada kecaman ataupun "fobia" daripada kalangan masyarakat bukan Islam di sana terhadap golongan ini.

Tidak seperti kumpulan Islam yang "radikal" yang bersikap keras, dan lebih kepada "menghukum", yang akhirnya tidak disukai oleh masyarakat yang menyebabkan pencemaran dakwah Islamiah di atas muka bumi ini.

(Dengarkan alunan zikir ini sehingga habis, sedikit pun tidak membosankan. boleh lihat permulaan pemberian pemakaian jubah kepada lelaki bukan Islam pada minit 7:25) " 


Subhanallah.. sangat indah akhlak muslim yang sebenarnya, sampai menangis org non muslim tu di layan sgt baik mcmtu, semoga dia diberikan hidayah, siap tiup wisel dan zikir sama²

Kat amerika syarikat mereka bebas nak berzikir mcm ni kat tempat² awam, kalo kat malaysia ??? emm...

#PrayforSyria #PrayforMesir





Friday, August 16, 2013

Maafkan Ibu Anakku...

Sayangku Aisya Daania...

Maafkan ibu.. kerana ibu tak mewahkan aisya dengan toys yang pelbagai kerana ibu mahu anak ibu tahu buku lebih penting dari toys..

Maafkan ibumu anakku, kerana tiada makanan ringan & cekedis2 untuk mu setiap kali ke pasaraya, ibu mahu anak ibu bijak, tak terdedah dengan makanan yg bukan2.

Maafkan ibumu, kerana tak subscribe channel kartun-kartun yang comel2 tu untuk aisya, kerana ibu tak mahu aisya leka dengan tv, taknak aisya belajar melalui kartun yg sememangnya dunia fantasi shj.

Maafkan ibu kerana tiada lagu² lullabies, lagu kartun² dalam gadjet kamu, kerana ibu nak kamu tahu alunan zikir dan bacaan alquran adalah lebih indah daripada semua muzik dalam dunia ini.. Melihat kamu tidur dengan alunan zikir adalah saat terindah setiap hari..

Maafkan ibumu sayang, ibu hanya mahu anak ibu jd anak yang berguna, anak yang menjadi khalifah Allah yang sebenar, menjadi hamba kesayangan Allah Taala.. tiada yang lebih mulia dari itu anakku.



Tuesday, July 2, 2013

Lets Prepare For Ramadhan!!

Assalam...

Mood nk update blog tiba2 ada.. hihi, tp just nak share tips untuk memudahkan kita, isteri² solehah ni(solehah ke?? ) time nk memasak masa bulan Ramadhan nnti, ibu bekerja mana ada masa lama² kat dapur kan, masa untuk anak & suami lg.. kan kan?? (untung la sapa ada maid tu, byk² bersyukur k!!)

Apa aku buat is aku blend bawang besar (mmg malas giler nk kupas bwk merah ok, so pakai  bwg besar sudahhhh), bawang putih, & cili kering, mmg mostly masakan guna 3 bahan ni kan, so kalo korang lebih rajin blend sekali halia ke atau apa² bhn lain yang relevan k!!


Ok da boleh masuk masuk freezer, sok pagi² nk p ofis letak kat bahagian chiller.

tu je nak share.. tata, selamat memasak!! hehe




Thursday, June 27, 2013

my own testimonial using PINKISH BEAUTY

Assalammualaikum wbt...


Lama tak cott cettt kat blog nih, bz kat ofis, bz kat rumah... kekadang penat sgttt..

Tapi bila amalkan zikir fatimah, alhamdulillah semua lebih mudah... nnti aku buat entry pasal zikir fatimah ni k!!

Ok lah, berbalik pada tajuk asal ... aku ada utang nk tunjuk my own testimonial consume PINKISH kann??

Maybe ada readers yang da tau aku jual produk PINKISH BEAUTY COSMETIC.. emm mmg tak dapat iklan byk², sbb aku sgt bz.. tak larat nk iklan sana sini.. mudah-mudahan ada rezeki aku dgn pinkish nih..

Ok jom la layan testimonial aku


## gambar selepas tu pakai camera depan, sbb tu sedikit blur.. gambar ni langsung tak edit k atau guna camera360.. no nooo noo.. nk meniaga takkan nk tipu, kang rezeki jd haramm!!

sgt jauh perbezaan
(cik husband pon da perasan.. hihi)

ckp je produk apa yang aku tak guna, mana yang aku dgr bagus mmg aku guna.. cth, tia amelia, belina, natasya.. dan mcm2 lagi, olay pon penah guna, t3 pon, pegi jumpa doktor, makan ubat mcm2 .. 

tp jerawat ttp akan naik jugak, sampai satu tahap aku fikir "mmg aku ditakdirkan berjerawat smpai mati kutt.. huhu"

tp dengan izin Allah, aku google² jumpa produk ni, mula² aku try sabun gluta je dulu.. then rasa serasi terus sambar satu set...


Sekarang pinkish da meluas dah, kalo tgk rancangan PRIMADONA, jd sponsor hadiah lagikkk..

dan semakin byk good news aku dgr pasal pinkish.. 

salah satunya, Pinkish sudah mula di jual di famasi.. that mean apa???
mean pinkish mmg takde bahan berbahaya.. 

Diiktiraf oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN PAKAR
 KIMIA 
ANTARABANGSA
(NOT 120701328 K)

dan mendapat sijil halal dari JAKIM.

Dan ada seorang pengacara/dj radio datang sendiri ke HQ, sbb nk jual pinkish dan mengakui PINKISH MMG BAGUS.. FEEYA ISKANDAR (PENGACARA KILAUAN EMAS).. jom tgk testimonial dia



kalau korang mmg ada masalah jerawat, atau apa2 saja.. cuba la pinkish ni then doa je..
kalau mungkin anda dah putus asa dgn masalah kulit (mcm aku dulu), percayalah.. setiap masalah, Allah pasti  bg jalan penyelesaiannya..



Wednesday, June 12, 2013

Suprised On My Birthday!!

Assalam all..

Semua org mmg mengharapkan sesuatu di hari lahirnya kan.. ehh! ye ke??
ke aku sorang?? heheh

Actually birthday aku 2 hari je awal dr si kecik, aisya daania tu.. 

Masa birthday aku, dapat mungee dari en suami tercinta.. 

Masa tu kat opis, tetiba dapat call dari seorang apek, suh turun bawah. amik bunga..




Takyah la aku nk stori panjang² buat karangan bagai, aku wat entry ni pon supaya lepas² ni aku leh mengenang kembali masa² muda aku.. supaya aku igt yang laki aku penah bg bunga masa birthday aku.. & penah buat aku happy sgt sgt sgt, masa birthday aku..hehee.. bukan nk menunjuk² ("aku hadee, ko hadooo???")... yee


"Happy Birthday my lovely wife, Papa & Aisya love u so much"

Love both of u so much too my bucuk & my masham.. 

Ok lahhhh.. babai semuaaaa.. 







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

klik SINI ye !!