Assalammualaikum..
Nak share keajaiban Allah tunjuk depan aku..
Alhamdulillah, semakin aku dekatkan diri & aisya dengan AlQuran .. semakin jelas keajaiban Allah..
Tak jauh pun keajaiban tu, depan mata aku which is my dotter, Aisya Daania..
1. Nampak key chain nama ALLAH(alif lam lam ha) dalam keta pak sedara dia..aisya boleh bgtau aku, "buu.. ALLAH"(dengan slang pelat dia la)..Subhanallah, tak pernah aku ajar pon, mana dia tau ye?? Wallahua'alam...
2. Nak tidurkan baby sepupu dia dalam buai, suruh aku buka ipad.. nak pasangkan zikir, mcm biasa aku buat kat dia, pasang zikir n ayat quran sebelum tidur.. again, Subhanallah..
Terpanggil dengan riwayat ini :
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan secara marfu' : "Siapa yang mempelajari al Quran ketika masih muda, maka alQuran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali". (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim).
Aku mmg sgt risau bila tengok anak-anak zaman sekarang, ramai je budak pompuan skg, zaman sekolah menengah takde dara dah, nauzubillahh...
Zaman aisya nnti??? tak tahu la macamana..
Setelah aku mengkaji-kaji, puncanya adalah tak di didik dengan alquran dan hadis dari kecik..
Mungkin inilah hidayah Allah.. Alhamdulillah
Mempunyai keinginan untuk jadikan Aisya seorang Hafizah(doakan kami) selepas membaca hadis-hadis ini..
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini”.
Sabda Rasulullah lagi, maksudnya : “Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka.” (Hadis Riwayat Tarmizi)
Semoga aku istiqamah dalam mendidik Aisya dengan alQuran dan hadis.. aminn
"Dear ALLAH, pls help & guide me all the way"
No comments:
Post a Comment