Maafkan ibu.. kerana ibu tak mewahkan aisya dengan toys yang pelbagai kerana ibu mahu anak ibu tahu buku lebih penting dari toys..
Maafkan ibumu anakku, kerana tiada makanan ringan & cekedis2 untuk mu setiap kali ke pasaraya, ibu mahu anak ibu bijak, tak terdedah dengan makanan yg bukan2.
Maafkan ibumu, kerana tak subscribe channel kartun-kartun yang comel2 tu untuk aisya, kerana ibu tak mahu aisya leka dengan tv, taknak aisya belajar melalui kartun yg sememangnya dunia fantasi shj.
Maafkan ibu kerana tiada lagu² lullabies, lagu kartun² dalam gadjet kamu, kerana ibu nak kamu tahu alunan zikir dan bacaan alquran adalah lebih indah daripada semua muzik dalam dunia ini.. Melihat kamu tidur dengan alunan zikir adalah saat terindah setiap hari..
Maafkan ibumu sayang, ibu hanya mahu anak ibu jd anak yang berguna, anak yang menjadi khalifah Allah yang sebenar, menjadi hamba kesayangan Allah Taala.. tiada yang lebih mulia dari itu anakku.
1 comment:
Xmengapa,nanti Aisya dah besar nanti mesti dia faham knapa ibu xberikan padanya masa kecik2.Semuanya untuk kebaikan Aisya.Insyallah (^~^)
Post a Comment