Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 6, 2013

Chicken Fold Over My Style.. Kalo cuba tak pandang dah yang MekD tu.. hoho

Assalammualaikum semua..

Ini adalah entry ala Masterchef .. Sila amik pen salin resepi.. (ini semua POYOOOO)..

Malam semalam bernafsu sgt nk makan benda alah ni, sbb mmg penah buat sebelum ni..
Cik mek Aisya tdo, cik bapak Aisya plak pi main futsal (suka² hati aku je cik bapak, ahakss), so boleh la aku buat projek masak sambil ambil gambar sebab nk share ngan korang² semua.. hehe

Mula² kena goreng ayam dulu (masa part ni tak amik gambar plaks..)

Bahan² nye:

Isi ayam
Tepung Gandum
Sedikit tepung jagung
garam
Serbuk black paper
Terlur 1 biji
Chili Flakes
Minyak masak

Kekdahnya :
1. Bancuhan telur : kacau telur bersama cili flakes dan sedikit garam
2. Untuk bancuhan tepung plak, Campurkan tepung gandum, tepung jagung(tuk bg rangup), sedikit garam, dan black paper.
3. Celupkan ayam dalam bahan telur, then gaul² kat bahan tepung.
Kalo korang perasan aku letak garam kat bancuhan telur dan bancuhan tepung, sebab nya kalo letak kat salah satu bancuhan, nnti masa korang gigit akan ada rasa bhgn yang masin dan tawar, tak sekata la senang citer..
4. Panaskan minyak, then masuk kan ayam td.Goreng sampai keluar emas, eyhh! sampai warna keemasan..

Ni hasilnya..


Bahan sayur:

Korang tgk lah sendiri.. heheh


Then ini wrap nye.. aku tak tau lah nama dia apa sebenarnya, roti pita ke ye? lupa plak nk tgk kat packing dia tuh. huhu.. aku kalo ternampak kat carefour ke giant ke, mmg aku sambar.. bole buat macam2 ngan roti nih..  aku amik flavor potato, ada lg flavor lain.. garlic & original kalo tak silap aku.



Roti ni perlu di panaskan dahulu, tanpa minyak ye, atas api sederhana atau dalam oven..




So bahan2 semua da ready, boleh la kita wrapkan dia.. hehe, opss² sebagai penyedap rasa, letak sos & mayonis, kalo ada cheese lg shedap!



Ini hasil setelah di susunkan dengan agak comot atas roti


Ini plak hasilnya setelah digigit dengan rakus.. aummmm



Ok lah kawan² ku, kalo rajin cuba la, kalo malas takyah cuba.. haha

Tata, wassalam








No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

klik SINI ye !!