Assalamualaikum wbt
Salam jumaat yang penuh berkat..
Lagi DAN lagi entri pasal aisya daania (tolong jgn boring yeee), buah hati kesayangan ibu & papa.. hehe,
Semoga menjadi kebanggaan kami di dunia & akhirat, amin²
Masa cuti CNY hari tu kami balik kampung en suami, sempat la soping kecil²-an, byk beli tuk anak je, ibu tak beli apa pon.. sobs sobss..
Pegi Bazar tok guru, sambar sekor kuda tuk aisya.. haaaaaa???
rileks².., kuda mainan ajee.. hihi
Aku suka membeli di kelantan, sbb barang semua murah², kalo la aku duk kelantan dengan gaji skg ni, mmg kategori mewah la.. kuda ni RM19 je, tawar² dapat RM15, haha.. rasa mcm nk beli 10 ekor terus...
"Lebih nilai untuk wang anda!!", tetibaaa??
Da pandai ambil gambar, takyah suh senyum da tersengih, hihi
Baju ijau ni pon, beli kat bazar tok guru jugak, ibu igt nk beli sama ngan aisya, tapi takde plak saiz ibu (butang baju tu ntah kemana hilangnya).. hehe
Bila ibu suh berdiri sebelah kuda, jalan kedek² terus pose macam kat bawah ni..
# tolong abaikan kesepahan rumah dalam gambar di bawah
Senang sekarang sebab dia da paham arahan aku.. hihi
k la semua, taataaa
take care semua, thanks sudi baca pasal aisya, aisya syg semua. muaahhhxx muaahhhxx
#anugerahterindahdalamhidup
No comments:
Post a Comment