Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 29, 2013

Power of MOM's milk..Only 4 month to go...

Assalamualaikum kawan2 ku..

Alhamdulillah..
Da hampir 20 bulan aisya menyusu badan, mmg terlalu byk pengorbanan tuk 20bulan nih.. tp tunggu cukup 24 bulan baru nk wat entry khas untuk itu, sempena dapat PHD katanya.. hehe

So aku nk share kepada mummy2 semua kelebihan susu ibu kepada kita dan anak2.. Semoga ia menjadi inspirasi supaya bakal2 ibu & ibu2 yg baru melahirkan..
Semoga Allah permudahkan segala usaha kita.. amin ya robbal a'laminn..

Kelebihan Susu Ibu

Susu manusia (ibu) amat baik sekali untuk bayi yang baru lahir dibandingkan dengan susu haiwan, sama ada yang segar atau yang telah diproses di dalam tin dan sebagainya. Susu manusia dijadikan Allah sesuai untuk anak manusia dan susu haiwan sesuai untuk anak haiwan. Oleh sebab itu, hikmah Allah menjadikan pembinaan susu bagi seseorang wanita ketika lepas bersalin adalah sebagai persiapan untuk bayinya. Jadi, tidak patut sekali seseorang ibu mengeringkan susunya, kononnya jika memberi susu kepada anaknya menyebabkan payudaranya tidak cantik, kendur dan sebagainya. Hakikatnya, dengan menyusu anak, boleh mencantikkan payudara seseorang wanita.

Antara kelebihan-kelebihan susu ibu adalah seperti berikut:

1. Susu manusia (ibu) sesuai untuk manusia, seimbang dan sterile atau terpelihara dan bebas daripada kuman.

2. Susu manusia kurang protein dan kasein berbanding dengan susu lembu. Kasein ialah protein yang dimendakkan daripada susu dan merupakan asas keju dan plastik tertentu.

3. Susu manusia mudah dihadam kerana lembut dan cair, berbanding susu haiwan yang pekat dan susah dihadamkan, khususnya bagi bayi.

4. Susu manusia lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. Laktase ialah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa (gula ringkas) dan galaktosa (gula ringkas yang kurang larut dan kurang manis daripada glukosa).

5. Walaupun kini para saintis pemakanan telah mencipta "susu formula" yang dihasilkan daripada susu lembu, yang hampir menyamai susu manusia, namun susu itu memerlukan perhatian yang teliti ketika dicampur dan disimpan bagi mengekalkan keadaan sterile (bersih dari kuman) dan selamat untuk bayi.

6. Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang kedua-dua pihak, ibu dan bayi. Hisapan itu membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan semula rahim.

7. Susu ibu mengandungi kandungan protein yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan cirit-birit.

8. Najis bayi yang menerma susu ibu, akan menjadi asid dan ini menyebabkan ketidaksesuaian untuk pembiakan kuman dalam sistem usus.

9. Susu ibu juga mempunyai sel yang datangnya daripada ibu. Susu ibu berupaya membasmi jangkitan kuman serta virus selain mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi.

10. Secara purata, seseorang ibu mampu mengeluarkan 400-900 mililiter (ml) susu setiap hari. Daripada jumlah ini, terdapat 80.9% protein, 2.13% lemak dan 6.9% - 7.2% laktos. Kandungan garam seperti natrium dan kalsium pula rendah.

11. Bayi berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding susu lembu.

Oleh itu bagi ibu-ibu yang sedang menyusu, digalakkan memakan makanan yang berkhasiat agar bayi yang disusunya menerima pati makanan yang terbaik. Antaranya ialah ikan, telur, ayam, sayur-sayuran dan sebagainya. Ibu juga perlu memastikan sumber yang diterima adalah dari rezeki yang halal.

Kelebihan Anak Yang Disusui Dengan Susu Ibu

Para ahli kesihatan merumuskan hasil daripada penyusuan susu ibu (susu badan) telah memberi kesan yang amat baik berbanding susu lain. Antara rumusan yang didapati adalah :

1. Watak anak lebih lembut
2. Emosi bayi lebih stabil
3. Anak lebih mengasihi ibunya serta adik-beradik
4. Anak berasa terjamin, yakin dan lebih berani
5. Anak tidak mudah ditimpa tekanan jiwa
6. Minda anak lebih cemerlang
7. Fizikal anak lebih kebal dari penyakit


2 comments:

Melin Fork said...

i pun dah 15 bulan bf since Adri lahir. chaiyok2 sampai they all 2 tahun!! =))

shaheeda said...

alhamdulillah.. aah alin, chaiyok!! kita boleh! semua ibu boleh! spread the power of mom's milk!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

klik SINI ye !!