Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Tuesday, January 29, 2013

Power of MOM's milk..Only 4 month to go...

Assalamualaikum kawan2 ku..

Alhamdulillah..
Da hampir 20 bulan aisya menyusu badan, mmg terlalu byk pengorbanan tuk 20bulan nih.. tp tunggu cukup 24 bulan baru nk wat entry khas untuk itu, sempena dapat PHD katanya.. hehe

So aku nk share kepada mummy2 semua kelebihan susu ibu kepada kita dan anak2.. Semoga ia menjadi inspirasi supaya bakal2 ibu & ibu2 yg baru melahirkan..
Semoga Allah permudahkan segala usaha kita.. amin ya robbal a'laminn..

Kelebihan Susu Ibu

Susu manusia (ibu) amat baik sekali untuk bayi yang baru lahir dibandingkan dengan susu haiwan, sama ada yang segar atau yang telah diproses di dalam tin dan sebagainya. Susu manusia dijadikan Allah sesuai untuk anak manusia dan susu haiwan sesuai untuk anak haiwan. Oleh sebab itu, hikmah Allah menjadikan pembinaan susu bagi seseorang wanita ketika lepas bersalin adalah sebagai persiapan untuk bayinya. Jadi, tidak patut sekali seseorang ibu mengeringkan susunya, kononnya jika memberi susu kepada anaknya menyebabkan payudaranya tidak cantik, kendur dan sebagainya. Hakikatnya, dengan menyusu anak, boleh mencantikkan payudara seseorang wanita.

Antara kelebihan-kelebihan susu ibu adalah seperti berikut:

1. Susu manusia (ibu) sesuai untuk manusia, seimbang dan sterile atau terpelihara dan bebas daripada kuman.

2. Susu manusia kurang protein dan kasein berbanding dengan susu lembu. Kasein ialah protein yang dimendakkan daripada susu dan merupakan asas keju dan plastik tertentu.

3. Susu manusia mudah dihadam kerana lembut dan cair, berbanding susu haiwan yang pekat dan susah dihadamkan, khususnya bagi bayi.

4. Susu manusia lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. Laktase ialah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa (gula ringkas) dan galaktosa (gula ringkas yang kurang larut dan kurang manis daripada glukosa).

5. Walaupun kini para saintis pemakanan telah mencipta "susu formula" yang dihasilkan daripada susu lembu, yang hampir menyamai susu manusia, namun susu itu memerlukan perhatian yang teliti ketika dicampur dan disimpan bagi mengekalkan keadaan sterile (bersih dari kuman) dan selamat untuk bayi.

6. Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang kedua-dua pihak, ibu dan bayi. Hisapan itu membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan semula rahim.

7. Susu ibu mengandungi kandungan protein yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan cirit-birit.

8. Najis bayi yang menerma susu ibu, akan menjadi asid dan ini menyebabkan ketidaksesuaian untuk pembiakan kuman dalam sistem usus.

9. Susu ibu juga mempunyai sel yang datangnya daripada ibu. Susu ibu berupaya membasmi jangkitan kuman serta virus selain mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi.

10. Secara purata, seseorang ibu mampu mengeluarkan 400-900 mililiter (ml) susu setiap hari. Daripada jumlah ini, terdapat 80.9% protein, 2.13% lemak dan 6.9% - 7.2% laktos. Kandungan garam seperti natrium dan kalsium pula rendah.

11. Bayi berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding susu lembu.

Oleh itu bagi ibu-ibu yang sedang menyusu, digalakkan memakan makanan yang berkhasiat agar bayi yang disusunya menerima pati makanan yang terbaik. Antaranya ialah ikan, telur, ayam, sayur-sayuran dan sebagainya. Ibu juga perlu memastikan sumber yang diterima adalah dari rezeki yang halal.

Kelebihan Anak Yang Disusui Dengan Susu Ibu

Para ahli kesihatan merumuskan hasil daripada penyusuan susu ibu (susu badan) telah memberi kesan yang amat baik berbanding susu lain. Antara rumusan yang didapati adalah :

1. Watak anak lebih lembut
2. Emosi bayi lebih stabil
3. Anak lebih mengasihi ibunya serta adik-beradik
4. Anak berasa terjamin, yakin dan lebih berani
5. Anak tidak mudah ditimpa tekanan jiwa
6. Minda anak lebih cemerlang
7. Fizikal anak lebih kebal dari penyakit


Wednesday, January 23, 2013

Testimonial, Sebelum & Selepas

Asslam uolls..

Hari ni entry wat merepek dalam mood bercuti..

Testimonial ni takde produk, ini adalah testimonial SEBELUM kawen & SELEPAS kawen.. kihkih, sapa rasa tertipu cepat2 tekan 'X' kat browser korang tu, heehh..

SEBELUM






SELEPAS







moral of the stories, KALAU TAKUT GEMUK JANGAN KAWEN, hahha..

ok lah, babai semua, selamat bercuti dan Salam Maulidul Rasul.. Can't wait for our penang trip tomorrow.. hihi..




Thursday, January 17, 2013

Bila Aisya terkena virus HFMD .. !! sob2

Assalammualaikum wbt...

It was been a very suspended & nervous 3 days.. (nk shpeaking sikit2 voleh?? sejak2 join aisya nengok Oh My English ni.. hikhik) sebabnya aisya langsung taknak dan tak heran bila ibu offer BF.. sob2, luluh dan sedih sangat hati ni.. kesian sgt kat dia.

At first mmg tak tau kenapa dia refused.. masa tu dia demam, igtkan tekak dia pahit..
makan & minum pun tak berapa berselera mcm selalu..

Then tgk2 naik bintik merah kat tangan, aik?? pastu kat kaki plak, aikkk ?? lagii,
chicken pox da penah kena.. da start worry, takut2 ada kaitan dengan masalah darah, platlet2 semua tu, sbb adik ipar penah kena masalah platlet nih..

Dah mula la fikiran aku yang suka extra advanced ni, mcm2 andaian aku, termasuk la penyakit HFMD, aku mmg jenis kalo anak sakit  suka buat macam2 andaian, ibu lain mcmtu tak?? hehhh.. Sgt kontra dgn en suami yang suka pk positif jee.. huhu.. mmg jodoh Allah mcmtu kan??

Aisya mmg la sangat good girl walaupon sakit & lemah dia tak merengek, dia tdo je & main2 macam biasa je, malam2 je asik bangun nk tdo atas riba.. shian diaa... kalo selalu malam2 kejutkan kan ibu minta nen, kali ni tak, aku bgn panaskan susu, time susu da panas dia da tdo plak.. issyyhh2, bertuah btul anak ibu.. hehe

Lepas pegi klinik baru la konfirm dia kena SAKIT KAKI TANGAN MULUT @ virus HFMD ni.. start kena hari ahad, isnin pg tu taknak menyusu dah, aku terpaksa mengepam selama 2 hari, dan bg susu dalam botol..
sgt2 takut aisya taknak terus menyusu.. setiap hari aku offer & kekadang paksa2 sampai dia nangis, mmg dia taknak langsung, risau, sgt2 risau.. dgn keadaan dia berak sembelit sb kurang air dan kurang makan.. 

Pastu hari Selasa dah tak demam & aktif.. tak lemah da mcm hari sebelumnya.. pas mandi2 aku offer nen, dia masih taknak, sambil geleng2 & mengelak.. isy takleh jadik, riba dia pegang mulut dia, picit susu masuk terus mulut dia.. pastu dia terdiam dan nyusu macam biasa.. Perasaaan syukur mmg tak tergambar, terluah dgn air mata .. sbb dia da nah menyusu semula, alhamdulillahh.. 

Tinggal 5 bulan je lagi, baru penyusuan dia lengkap.. pastu ibu da bole diet & kurus, macam dulu.. eyh eyh dulu kurus ke?? pherasan!

Terpaksa ambil cuti 2 hari di awal tahun sangat tidak best.. sobs sobs.. takpe lah demi anak tercinta.. nyawa pon aku sanggup pertaruhkan.. hehe

Sempat aku snap gambo dia masa dia nk menyusu semula tu.. 


Tido dalam kepuasan selepas melepas rindu 2 hari tak menyusu.. hehe



Kalo nk tau lagi info pasal HFMD ni sila google.. atau boleh kliks ke blog Dr Azwan nih..

Kalo ada simptom2 mcm kat bawah ni, sila le cepat2 ke klinik.. 

Tanda dan gejala penyakit:

            1. Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
            2. Ulser di tekak dan mulut
            3. Deman
            4. Sakit kepala
            5. Hilang selera makan
            6. Kurang kencing
            7. Penat dan lemah




Kat Putrajaya mmg tengah berleluasa virus HFMD ni, so ibu2 & bapa2 sila aware ye.. buat la apa2 supaya antibodi anak jd kuat.. hehe
Hokey la.. jumpa lagi d nexp post, In sha ALLAH.. Tata





Monday, January 7, 2013

Aisya's New HAIR CUT.. 1ST entry in 2013 katenyeee!

Assalam wbt..

Sebelum story, jom tribute ke rambut lama aisya dulu..




tgk ibu aisya tu, tembam tembon.. sbb tu jarang nk enterprame dlm belog ni, aissyhhh..!! menci !


..

Kami pegi saloon kat Bangi, nama Hair Profile, kat Sekyen 9 rasanya,
 ok laa.. murah jugak RM12 untuk kanak2, tp lepas ni nk try cari salon lain la.. sbb org2 dalam ni agak kurang friendly & tak pandai nk amik hati budak2, mayb diorang jarang berurusan ngan budak2 kut..

Memang susah nk potong rambut anak nih, lagi2 stranger yang potong so mmg dia nak pegi kat ibu je la, last2 duduk atas riba ibu baru la aisya behave sikit.. mula2 tgk lepas gunting tak comel, lama2 ok sikit





tadaaaa, nengok rambut baru  aisya, heheh...
papa pon cam biasa la, menginstagramkan diri dengan rambut baru anak.. hehe


pic last ni da masuk hari ke 3 ke 4 macamtu kut, baru nmpak comey sikit.. hihi

ok la, tu je nk story mory.. nnti rajin, i hapdate lagi okay.. tata

Assalammualaikum..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

klik SINI ye !!