Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Thursday, March 25, 2010

JOM SEMAK CHECKLIST 5-3 bln sblm

salam smua..


tak tau nak citer apa, tp perasaan nak update blog begitu membuak-buak, so hari ni kita review checklist je la.. ngehehe..
  1. kursus kahwin - SETTLE
  2. tempah tok kadi - BELUM
  3. photographer n videographer - SETTLE
  4. rantai kawen - BELUM
  5. senarai tetamu - BELUM
  6. dj/pemuzik - SETTLE
  7. rawatan muka/bdn - BELUM
  8. honeymoon plan - KALO ADA BAJET LEBIH PEGI LA.. HEEEE
  9. kad jemputan - BELUM
  10. tempahan hotel/homestay - SETTLE
  11. hiv test-BELUM
  12. 2 org saksi -SETTLE

ermm.. byk lagi la lum settle.. huhu byk nya bnda nak fikir kan.. tp so far alhamdulillah..cik abg syg, family n bakal mentua mmg banyak membantu..alhamdulillah.. syg diorg sgt2!! tp sbnrnya sy biasa2 je.. tp cik abg syg mmg nampak betul kesibukannya.. hihii.. ni tambah syg kat dia nih.. ngehehe...


tak tau nak tempek gamba apa.. so tempek je la gambo masa risik hari tu.. hihi...
-bersama ibu2 trsyg-

Tuesday, March 16, 2010

LUNCH TIME KE NILAI???

Salam..

Jumaat lepas join housemate pegi nilai, hehe.. pergi kedai THANK Q je,
tak sempat nak story byk.. just nak review ckit je brg2 yang sy mungkin akan beli hehe...








Bunga-bunga ni cantik, n dalam gambo nmpak mcm fresh flower, suka sgt! sejambak(3kuntum) - RM 3.50




Pahar - RM 13.90

Bekas hantaran putih ni murah je RM 9.90

White carven tray ni mahal sikit - RM 29.90


bekas hantaran besi gold nih - RM 14.00

ok tak?? mayb bulan 5 baru beli.. huk2 lambat la lagi.. tak sabau rasanya

Tuesday, March 9, 2010

: :paper bag DIY: :

salam all..

hari ni dpt idea nak buat paper bag sendiri, surf2 n xplore2 internet then dpt la ilham.. jom tgk







****credit tuk owner pic2 ni yerr

paper bag ni biasa org2 jual kuih-kuih kat pasar malam guna.. hihi.. sure murah kan, then letak reben n tampal sticker or tq taq.. msti nampak cun kan.. tapi ada tak jual yang color lain ye?? sapa tau?? share la ngan kite

nak try dulu buat gift bag masa marhaban/khatam nnti dlm 200pcs, kalo mampu n ada assistant mayb nak buat tuk majlis walimah nnti.. mampu ke?? 1000 pcs tu.. fuiyoo, pensan ini macam woo.. takpe try dulu kan?? opss nak tanya lagi sekali, ada saper2 tau tak mana nak dapat paper bag yg mcm ni? yang ada color2 lain?? Jawab la.. jawab la.. hehe



Friday, March 5, 2010

dOa stp anggOta semasa wudhu'

Dalam adab berwudhuk, Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a telah menggariskan panduan doa-doa yg dibaca ketika membasuh setiap anggota wudhuk.

1.Ketika berkumur-kumur bacalah:
“Ya ALLAH, Permudahkanlah aku untuk membaca kitabMU (Al-Quran) dan untuk memperbanyak berzikir kepadaMU dan kukuhkanlah aku dengan perkataan yg kukuh (La Ilaha Illallah) di dunia dan di akhirat”

2.Ketika memasukkan air ke dalam hidung, bacalah:
“Ya ALLAH, ciumkanlah akan hidung ini akan bau wangi syurga sedangkan Engkau redha daripadaku”

3.Ketika menghembuskan air dari hidung pula, bacalah:
“Ya ALLAH, aku berlindung dari bau busuk neraka yg Engkau cipta dan daripada kejahatan tempat kediamanku”

4.Ketika membasuh muka, bacalah:
“Ya ALLAH, putihkanlah mukaku dengan nurMU pada hari kiamat dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapanMU seperti hitamnya muka musuh-musuhMU”

5.Ketika membasuh tangan kanan, bacalah:
“Ya ALLAH, berikanlah kepadaku catatan amalanku di tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yg mudah”

6.Ketika membasuh tangan kiri pula,bacalah:
“Ya ALLAH, janganlah Engkau berikan catatan amalanku di tangan kiriku atau daripada sebelah belakangku”

7.Ketika menyapu kepala bacalah:
“Ya ALLAH, liputilah aku dengan rahmatMU dan kurniakanlah aku berkatMU, dan naungilh aku di bawah naungan arasyMU di hari yg tidak ada naungan kecuali hanya naunganMU. Ya ALLAH, haramkanlah rambutku dan kulitmu daripada sentuhan api neraka.”

8.Ketika membasuh telinga bacalah:
“Ya ALLAH, jadikanlah aku hambaMU yg mendengar perkataan yg baik lalu mengikutinya. Ya ALLAH, perdengarkanlah kepadaku suara pemanggilsyurga di dalam syurga bersama dengn orang yg baik”

9.Ketika membasuh tengkuk bacalah:
“Ya ALLAH, bebaskanlah tengkokku ini daripada api neraka dan aku berlindung denganMU daripada segala rantai dan belenggu di dalam api neraka”

10.Ketika membasuh kaki kanan bacalah:
“Ya ALLAH, tetapkanlah kedua kakiku di atas titian Siratul mustaqim bersama dengan kaki-kaki hambaMU yg soleh.”

11.Ketika membasuh kaki kiri pula, bacalah:
“Ya ALLAH, aku berlindung denganMU daripada tergelincir kakiku ke dalam api neraka ketika aku melalui titian siratul mustaqim. Di mana pd hari itu akan tergelincir kaki-kaki orang munafik dan musyrik”



Niatkan doa ni semasa wudhu', insyaALLAH.. solat kita lebih khusyuk dan tenang..

Thursday, March 4, 2010

TQ tag.. test power

hye kengkawan.. salam

hari ni aku memerah otak dan keringat.. design tq tag.. bila tgk rakan2 buat tq tag, aku pon sibukkkk nk buat jugak.. kih kih.. yelah.. nk jimat kos katanya.. keja pon takde.. huhu..

2@3 minggu yg lepas aku design camni.. mcm byk guna ink hitam je, then kalo pakai black paper nnti kaler biru tu sure jd kaler lain


then the next week.. aku try buat lagii.. cam kat bwh nii.. simple je kan


tp tak cukup cun pada aku.. hari ni aku start design dr pagi.. dgn mendonlod art dr tenet.. then adjust2 kat photoshop maka terhasil la tq tag seperti di bwh..



yg ni sy sgt suka! tak simple n tak crowded sgt.. (lupa plak nak buat border dia) and sesuai jugak dgn pelamin yang aku request kat kak watie, "backdrop letak kain damask ye kak, ala.. kain yang ada corak2 tu.. akak msti tau kan"

hihi, mengada!.. then hanya pakai ink hitam sahaja, dan aku akan cari paper kaler turquoise ni smpai jumpa, tak kira! tak kira! tp lum finalize lg nak ambik yang mana.. mayb akan design yg baru lagi.. hihi.. suka hati kamu lah shahidah!

Tuesday, March 2, 2010

: : haTi seOrg waniTa : :


.: HATI SEORANG WANITA :.



1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama
kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan
tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA
diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak
tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan
satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan
menghanyutkannya.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

klik SINI ye !!