Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Tuesday, January 26, 2010

....soURvEnIr teTAmu...

salam.. hye..

hari ni duk survey gift untuk tetamu nnti.. hehe..
antara gift yg menjadi pilihan purse,saputgn,chopstik n notepad cam gambar kat bwh ni..
harga pon murah

cantik kan.. n korang bole bagi cadangan di shoutbox k..



  • chopstik, saputangan from FNIkreatif






  • dompet,notepad from duriankahwin.com






  • minipurse from mynurinshop


Friday, January 22, 2010

..iNGataN bUat diRIku yG sElalU aLPa & tEMAn2 terSYG...



hari ni hari jumaat.. so mulai hari ni aku berazam stp kali dtg hari jumaat aku nak post entry2 yang bermanfaat and berunsur islamik sikit.. hehe. InsyaALLAH..

soo.. apa yang aku nak share hari ni adalah KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH.. yg baginda smpaikan di upacara kemuncak ibadat haji iaitu ketika melakukan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, 10 Hijrah. Khutbah terakhir baginda yang juga disebut "Khutbah Hujjatul Wada" disampaikan kepada berpuluh ribu rombongan haji dari negara seperti Iraq dan Kuwait yang turut hadir melaksanakan haji bersama Baginda.

Jom kita baca dan hayati sama2..



"Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselaman agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.




Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu."

So, itulah khutbah terakhir nabi kesayangan kita.. Nabi Muhammad SAW.. Jadikanlah kandungan khutbah ini sbg pegangan hidup kita. Semoga kita sentiasa di landasan yang benar.
InsyaALLah..

p/s : font color merah adalah antara point2 penting dlm khutbah baginda

Wassalam..

Thursday, January 21, 2010

mAKEmEbABies.cOM

pagi2 da berangan aku nih!

isy2... nk tau i berangan apa?? geh geh geh

berangan camne rupa ank kami nnti.. hihi... using mAKEmEbABies.cOM..

kalo baby boy rupa camni.. hihi.. cumel




kalo baby girl plak rupa camni..



ihihi... cumel takk?? kalo korg pon nak berangan jugak.. p la website tu, masukkan gambar korang n pasangan, nnti dia generate rupa ur baby..

try k.. enjoyzz

Wednesday, January 20, 2010

..pELaMIn iMPiaNkU..

salam...

hari ni penat menyurvey pelamin..
untuk dijadikan contoh nk tunjuk kat mak andam nnti.. senoneng da kpala nih..

mmg byk pelamin cantik2 and grand2.. tp mampukah aku?? msti costy punya la..

takpe la.. berangan la dulu, apa salahnya.. mana tau jd kenyataan..

hasil dr survey yang dibuat adalah seperti di bawah : (mcm jwb soklan peksa plak) hehe..

  • koleksi dPESONA dkat jb yg i minat





  • pelamin kat butik RINSUZANNA pon cantik2.. see





  • pelamin dr zaifie zainal plak, yg mmg mengancam...



  • and pelamin2 lain yg mnjadi idamanku.. yg nih main rembat je tak sempat nak tau creator-nya..








tu je yg i nak share hari nih.. korang suggest la mana yang cantik ye.. nnti kita sembang lagi...

tatata

Tuesday, January 19, 2010

...wEddING tHEMe cOLor...

salam...

nak kawen da aku?? yuppp!!

after the long journey of our love(cewahh) n mcm2 cabaran n dugaan.. at lasttt.. we will get maried! yeyee.. hehe.. insyaALLAH...

byk perkara nak fikir pasal big day ni kan??
  • tarikh?
  • bajet?
  • jumlah jemputan?
  • menu makanan?
  • buat kat mana? rumah or dewan??
  • tema?
  • homestay?
  • dulang hantaran?
  • nak cari mak andam yg solek cantik?
  • baju nikah?
  • and etc.. etc.. etc..
emm.. 1st kena nk pikir theme color, tema2 yg dicadangkan
  • gold+cream
  • biru turqouise+putih
  • pink+purple
1st... my akk sulung selaku advisor cadangkan kaler GOLD..



so i create this combination color(gold,dark brown,cream)


NICE! tapiii... mcm nampak tua la theme niee, heheh...

pastu create theme color yang ke-2 which is (purple,pink,putih).. n act purple is my fav color




sweet jugak.. tapi ramai sgt da pakai theme ni... tapi cantik.. huhu

then last choice is biru turqouise+putih..



combination theme tuk kaler biru turqouise (biru kehijauan)+putih ni sy tambah silver untuk jadi lagi menarik


emm, nampak cantik n freshh kan?? my abg syg pon suka yang nih.. hihi.
so nak amik theme yang mana ye??


kalo korg nak tau kena la tunggu post yang berikutnya.. nnti sy story mory lagi k..

tatata....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

klik SINI ye !!